Wednesday, October 12, 2011

PROJEK NAIK TARAF PASAR AWAM PENANTI

MPSP memperuntukkan RM167 ribu bagi kerja-kerja menaik taraf pasar awam berkenaan yang dimulakan sejak awal bulan ini ujar Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri (1).

Katanya, kerja-kerja menaik taraf itu membabitkan penukaran lantai,mengecat semula pasar, menukar meja jualan serta membaiki longkang dan perpaipan bagi menyalurkan bekalan air kepada setiap peniaga yang berjumlah kira-kira 53 peniaga.

Disamping itu juga beliau berkata, tapak jualan makanan dan minuman yang terletak di luar pasar turut dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada pengungjung dan peniaga.

"Kita menjangkakan kerja-kerja ini (menaik taraf pasar) akan siap penghujung bulan November nanti.

"Pasar ini tidak pernah diselenggara sejak ia wujud bertahun lalu. Malah kerajaan terdahulu juga dilihat mengabaikannya. Justeru, hari ini, kita bantu bagi menghidupkan semula kawasan ini," katanya yang juga merupakan ADUN Penanti.

"Projek kedua adalah memperbaiki sistem paip dimana kita memastikan setiap peniaga di Pasar Awam Penanti ini mempunyai satu paip air. Ini dapat memudahkan para peniaga disini. Kos untuk memperbaiki paip adalah sebanyak RM 150 ribu ringgit" ujar beliau lagi.

Sementara itu, pada perkembangan berkaitan, Ahli Majlis MPSP, Amir Md Ghazali memberitahu peniaga pasar malam Penanti akan dipindahkan selepas kerja menaik taraf jalan dalam kawasan pasar siap.

Menurutnya, pemindahan peniaga itu sebenarnya sudah pun dirancang sejak lima tahun lalu, namun, ia tertangguh kerana tiada tempat sesuai.

Bagaimanapun, katanya,selepas berbincang akhirnya kata putus diperoleh dan kesemua peniaga akan dipindahkan ke tapak baru di sepanjang pasar awam hingga ke pusat perniagaan Penanti.

"Kita menerima banyak rungutan sebelum ini mengenai tapak pasar malam yang beroperasi setiap Isnin itu begitu dekat dengan rumah penduduk di Taman Penanti.

"Justeru, kita berharap dengan adanya tapak baru ini bukan dapat menyelesaikan masalah penduduk, tetapi juga aliran trafik di pekan Penanti yang mana ia bakal dijadikan laluan sehala," katanya.

Beliau berkata, proses pemindahan peniaga akan dilakukan bermula tahun hadapan, selepas tapak baru siap pembinaannya Disember ini.

-ends-

Monday, September 26, 2011

Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Terengganu

24hb September 2011

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."


Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Wajar Tukar Pinjaman PTPTN ke Biasiswa Rakyat: Mansor

Bersempena Hari Malaysia yang merupakan cuti umum, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Wang Bantuan Ke IPTA bagi seluruh Seberang Perai. YB Dato Mansor telah menyampaikan sumbangan kepada 548 orang penerima sumbangan bagi daerah Seberang Perai Tengah.


Dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang pentingnya pelajaran dan melahirkan penghargaan kepada semua para ibu bapa dan guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan anak-anak Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan mencadangkan agar diwujudkan Biasiswa Rakyat. Ini kerana menurut beliau, terdapat kebimbangan para pelajar dan ibu bapa tentang masa depan generasi yang meannggung hutang sebelum mendapat pekerjaan.

Mansor juga membuat seruan kepada kerajaan persekutuan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan yang cemerlang. Ini kerana Pulau Pinang telah terbukti sebagai pusat pendidikan yang bertaraf antarabangsa seperti wujudnya Universiti Sains Malaysia (USM), Wawasan Universiti dan pelbagai lagi pusat pengajian tinggi yang unggul.
Tawaran kerjasama tersebut adalah bagi memastikan Pulau Pinang terus maju dalam memacu kecemerlangannya. Ini kerana menurut beliau Pulau Pinang akan terus maju dan mengorak langkah sekiranya Pulau Pinang terus mengekalkan bakat-bakat penting yang mampu membawa Pulau Pinang terus maju ke hadapan.

Friday, September 9, 2011

Fwd: [AMK Malaysia] Kenyataan Media Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia: Cukai Perkhidmatan 6%: Golongan Muda Terus Dibebankan

> KENYATAAN MEDIA
> UNTUK EDARAN SEGERA
> 9 September 2011
>
> ----------
>
> CUKAI PERKHIDMATAN 6%: GOLONGAN MUDA TERUS DIBEBANKAN
>
> Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini.
>
> Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen.
>
> Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan 'cukai perbelanjaan' adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah.
>
> AMK difahamkan bahawa peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan 'cukai perbelanjaan' ini.
>
> Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya "mendahulukan rakyat". Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak "mendahulukan" syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).
>
> Justeru, AMK dengan ini mendesak pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia supaya mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
>
>
> SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
> Ketua Angkatan Muda
> Parti Keadilan Rakyat
> Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 26, 2011

Rumah Terbuka ADUN Penanti




View BILIK GERAKAN PAKATAN RAKYAT in a larger map

Untuk makluman tarikh sebenar Rumah Terbuka Aidilfitri YB. Dato' Mansor Bin Hj Othman & Dato' Seri Anwar Ibrahim ialah pada 1hb September 2011 (Khamis) jam 2.00 Petang - 5.00 Petang seperti yang tercatat pada banner dan bukan pada 3 September seperti yang dimaklumkan sebelumnya.

Pihak Admin memohon maaf atas kesalahan tersebut.

Harap Maklum.

Monday, July 18, 2011

Program Anak Emas Pulau Pinang


Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 17.1.2011.

 

Program Anak Emas Pulau Pinang -  Kerajaan Negeri PR Menimbang Memberikan RM 100 Wang Tunai "One-off" Kepada Bayi Yang Dilahirkan Mulai Tahun Ini Kepada Salah Seorang Ibubapa Yang Merupakan Pengundi Pulau Pinang.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang menimbang memberikan RM 100 wang tunai "one-off" kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program "Anak Emas Pulau Pinang" akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.

 

Kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 "one-off" urusan jenazah kepada waris warga emas dilancarkan oleh kerajaan negeri PR pada 2010 demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

 

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri PR anggap pemberian RM 100 one-off kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik. Sungguhpun pemberian one-off RM100 oleh kerajaan negeri PR adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru.

 

Sebanyak RM 20 juta setiap tahun telah dibelanjakan untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka. Sungguhpun program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, usaha sabotaj mereka gagal dengan kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang mendaftarkan diri.

 

Sumber kewangan program baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International. Program baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini akan dibentangkan dalam mesyuarat EXCO Negeri Pulau Pinang pada minggu ini dan dijangkakan makan perbelanjaan di antara RM5-RM10 juta setiap tahun.

                                                                             LIM GUAN ENG

HUKUM ORANG KAFIR MEMBACA AL-QURAN dan Hadis


HUKUM ORANG KAFIR MEMBACA AL-QURAN dan Hadis

Baru-baru ini timbul isu berkenaan orang bukan Islam membaca atau membacakan ayat al-Quran dalam ceramah. Ada yang sampai membuat laporan polis. Ada yang berpendapat orang kafir mesti ditegah daripada membaca ayat al-Quran dalam ceramah mereka kerana ini menghina Islam. Ada yang mengatakan orang kafir haram membaca ayat al-Quran kerana makhrajnya salah. Mengeluarkan sesuatu pendapat haruslah bersumberkan dalil dan rujukan, bukan berdasarkan emosi dan perasaan.

Mereka mendakwa bahawa orang bukan Islam tersebut membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya bertujuan untuk menghina Islam. Adakah orang yang mendakwa itu begitu hebat sehingga mampu membaca hati orang lain?. Kita tidak tahu apa niatnya. Kita tidak berupaya membaca hati orang lain sehingga mampu menyelami niatnya. Kita hanya boleh membuat penilaian berdasarkan apa yang nyata, hanya Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi di hati. Saya sempat mendengar ceramah tersebut secara langsung. Ternyata pada zahirnya, tiada tanda atau gaya atau nada yang menunjukkan penceramah tersebut membaca ayat al-Quran bertujuan menghina Islam. Malah apa yang dapat saya katakan ini adalah suatu kemajuan yang positif dari sudut dakwah, kerana orang bukan Islam sudah mula berjinak-jinak dengan Islam dan sudah mula mesra dengan al-Quran. Selama ini mereka berprasangka buruk terhadap Islam dan al-Quran. Dahulu mereka fobia kepada Islam. Tetapi kebelakangan ini, mereka sudah membuka ruang hati mereka untuk mendekati Islam dan merujuk kepada al-Quran. Mengapa harus mereka dilarang, sepatutnya mereka diberi ruang.

Kalaulah makhraj dan sebutan salah yang dirunsingkan, maka apakah orang Islam sendiri semuanya membaca ayat al-Quran dengan makhraj yang betul dan mengikuti hukum tajwid yang tepat?. Adakah semua orang Islam fasih membaca al-Quran tanpa merangkak-rangkak?. Untuk mempertingkatkan mutu sebutan dan bacaan tentu memakan masa. Sekurang-kurangnya orang bukan Islam itu telah berusaha untuk membaca ayat tersebut setakat yang termampu. Setakat yang saya dengar, terjemahan ayat yang dibacakannya dalam ceramah itu adalah betul. Melalui terjemahan ayat, diharap moga-moga dia akan dapat memahaminya. Manalah tahu pada suatu hari nanti, dia akan terbuka hati untuk memeluk Islam. Setidak-tidaknya dia mempunyai pandangan yang positif terhadap Islam.

Berkaitan isu ini, saya berpendapat ulama-ulama silam dalam fatwa mereka lebih terbuka dan berpandangan jauh, berbanding sesetengah golongan yang mendakwa kononnya mereka bertamadun (hadari) tetapi sebenarnya jumud fikiran. Mereka sepatutnya menampilkan Islam kepada orang bukan Islam dengan gaya yang ramah, bukan dengan nada yang marah, mendekatkan mereka kepada Islam, bukan menjauhkan mereka daripada Islam.

Di sini saya petik beberapa pendapat ulama-ulama silam yang bermazhab Syafii berkenaan hukum orang kafir membaca al-Quran. Fatwa-fatwa mereka ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan dakwah terhadap non-muslim pada masakini.

 

Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan ;

 

"adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada membaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan yang demikian, sebagaimana kata al-Mawardi" (Mughni al-Muhtaj, jilid 1, halaman 72)

 

Pengarang kitab I'anah al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut :

 

"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk Islam" I'anah al-Talibin, jilid 1, halaman 85)

 

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkata :

 

"dan hanyasanya ditegahkan kafir daripada menyentuh mashaf karena haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran karena harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis" (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112)

 

Syeikh Daud al-Fatani berkata :

 

"dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran karena tiada ia iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan Islamnya" (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49)

 

Sumbangan oleh;

Ustaz Azmi Ahmad

Friday, July 15, 2011

Doa Buat Saudara Fayyadh, Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim


14 Julai 2011

Saudara Fayyadh Afiq Albakqry   Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan pada 11 Julai 2011 di Hospital Pantai.

Pembedahan yang memakan masa 5 jam itu dilakukan untuk meletakkan Plat Titanium bagi menggantikan tulang pipi kirinya yang pecah akibat tembakkan peluru gas pemedih mata .

Peluru tersebut telah dilepaskan  oleh pihak Polis sewaktu beliau mengiringi Dato Seri Anwar Ibrahim bersama orang ramai di terowong KL Sentral menuju ke Stadium Merdeka untuk  menyertai Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.Jika tidak kerana kecekapan dan keberanian beliau,peluru tersebut sudah pasti mengenai tepat pada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan beliau kini stabil namun masih ditahan di Wad untuk pemerhatian lanjut.Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar Saudara Fayyadh sembuh dan kembali menggalas cabaran dalam perjuangan KEADILAN

http://anwaribrahimblog.com/2011/07/14/doa-buat-saudara-fayyadh-pengiring-dato-seri-anwar-

Wednesday, May 11, 2011

PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM DI PENANTI

KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (1) NEGERI PULAU PINANG

PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM DI PENANTI

Adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi semua masyarakat negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup dan pendidikan rakyat.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk mewujudkan sebuah universiti Islam di dalam KADUN Penanti, Permatang Pauh. Tapak lokasi bagi cadangan projek ini telahpun dikenalpasti yang merangkumi satu pembangunan bandar baru (new township) di Mengkuang, Bukit Mertajam yang terletak di belakang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Cadangan awal bagi rancangan ini adalah untuk menjadikan kampus universiti ini sebahagian daripada bandar baru tersebut.

Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan daripada universiti-universiti dari Arab Saudi, Turki dan negara-negara Islam yang lain untuk membuka kampus di bandar baru ini.

Dengan wujudnya universiti ini nanti akan dapat membantu para pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk melanjutkan pengajian di universiti ini. Usaha ini adalah untuk mengembalikan Pulau Pinang sebagai pusat kegemilangan pengajian Islam satu masa dahulu yang telah banyak melahirkan ilmuan Islam seperti Syed Syeikh al-Hadi, Dr. Buhanuddin al-Helmy, Abu Bakar Asyaari dan ramai tokoh-tokoh Islam yang berjasa kepada negeri dan negara ini.

Selain itu juga, usaha ini adalah untuk mengangkat martabad Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Dengan wujudnya institusi ini nanti akan dapat memberikan peluang pendidikan yang lebih berkualiti kepada masyarakat Islam secara keseluruhanya.

Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 3, 2011

Polis turunkan bendera PR dan biarkan banting BN

PM Najib lawat Balik Pulau pada 2/4/11. Sebelum PM sampai ke Balik Pulau, anggota polis menurunkan bendera-benera PAS, DAP dan PKR di sekitar Pekan Balik Pulau.

Mungkin polis bimbang bendera macam ini akan menjolok mata PM. Polis hanya turunkan bendera PR tapi biarkan banting UMNO yang ada tanda BN yang tanpa lesen MPPP.

Arahan macam ini dari siapa? Gambar-gambar menunjukkan polis datang dengan van menurunkan bendera PR.

Gambar ini menceritakan yang benar .

Anwar ajak debat, Najib kata takut Anwar Demam. Tapi kalau Najib mai nanti nampak bendera PR dia terus demam agaknya. Sebab itu polis tolong turunkan.




Dahlah benti kereta ikut suka hati.


Ini PR punya kena turunkan . Arahan orang atas. Atas bumbungkut.


Ada lagi tak bendera yang nak kena bukak!


Ok semua clear tinggal yang ni sahaja.

Sunday, March 27, 2011

Dana Pilihanraya KEADILAN dDilancarkan

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 24, 2011

CERAMAH PERDANA : Siapa Tok Dalang Fitnah 3

Siapa dalang fitnah 3

Tarikh : 26hb March 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30 malam
Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Dato' Mansor Hj Othman
4. YB Dato' Johari Abdul

Semua dijemput hadir dan sebarkan

Solat Hajat di Masjid Bandar Perda selepas Maghrib.

Wednesday, March 23, 2011

AMK Permatang Pauh buat laporan polis desak siasat ‘Datuk T’

http://www.keadilandaily.com

PULAU PINANG : Naib Ketua 1 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh, Mohd Shukri Abd Hamid semalam membuat satu laporan polis di Balai Polis Penanti mendesak supaya polis menyiasat Datuk ‘T’ dan dalang disebalik tayangan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Kembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan itu, beliau mendesak supaya siasatan segera dilakukan terhadap Datuk T kerana menganjurkan tayangan video lucah di sebuah hotel ternama di ibu kota baru-baru ini.

Menurutnya, mustahil pihak berkuasa mengatakan tidak tahu menahu tentang tayangan filem lucah itu kerana Menteri Dalam Negeri (KDN) sendiri mengeluarkan kenyataan menyatakan sesiapa yang berasa teraniaya dengan tayangan video itu boleh membuat laporan polis.

“Timbul persoalan di sini apakah pihak berkuasa kita hanya bertindak berdasarkan laporan yang dibuat sedangkan jenayah atau salah laku itu sedang berlaku di hadapan mata?,” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau lagi, tindakan polis membiarkan Datuk ‘T’ menganjurkan tayangan perdana filem lucah itu seolah-olah cuba memejam mata terhadap satu jenayah yang dilakukan pihak terbabit.

“Adalah janggal apabila Datuk ‘T’ tidak melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai penemuan rakaman video aksi seks itu, tetapi menayangkannya kepada wakil media.

“Tujuannya jelas, semata-mata mahu mengaibkan Anwar dan keluarganya,” tegas beliau.

Mohd Shukri dalam kenyataannya turut mempersoal mengapa Najib kelihatan tergesa-gesa menafikan penglibatan polis, meskipun tidak ada tuduhan seumpama itu dilakukan.

Beliau juga menyalahkan pihak hotel Carcosa Seri Negara kerana membiarkan premis tersebut digunakan sewenangnya sebagai tempat untuk menayangkan video lucah.

“Sepatutnya premis perniagaan perlu memenuhi etika sosial daripada mengejar keuntungan yang tidak bermoral.

“Biasanya kita melihat pihak berkuasa amat tegas dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tetapi bertindak sebaliknya jika ianya melibatkan pemimpin dan penyokong Umno,” katanya.

Thursday, February 3, 2011

Pelepasan XPDC Gunung Bintang Oleh YB Dato' Mansor Othman

2 Feb : Pelepasan para peserta XPDC Gunung Bintang yang dirasmikan oleh YB Dato' Mansor Bin Haji Othman. Seramai 30 peserta menyertai XPDC ini. Program ini dianjurkan oleh JKKK Mengkuang bersama dengan Adun Penanti. Di samping itu, pada majlis yang sama,



YB Dato' Mansor Bin Haji Othman, juga menyampaikan bantuan kepada 6 orang penerima bantuan.


Ziarah bersama TKM1 di Mengkuang Titi

Ini adalah gambar-gambar yang dirakam sepanjang aktiviti Ziarah TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman di beberapa buah rumah di kawasan DUN Penanti iaitu Mengkuang Titi.

Aktiviti telah dijalankan pada sebelah pagi hari Ahad 30 Januari 2011 selepas selesainya program komuniti anjuran AMK Permatang Pauh.

Turut bersama dalam ziarah ini ialah Ketua AMK Negeri Pulau Pinang, Saudara Amir Hj Ghazali dan ahli-ahli dari AMK Permatang Pauh disertai juga oleh AJK-AJK PKR Cabang Permatang Pauh dan juga AJK Wanita PKR Cabang Permatang Pauh.

Ziarah atau lawatan uni melibatkan beberapa buah rumah yang didiami warga emas yang kurang sihat..


Foto dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh

Program Komuniti AMK bersama TKM1

Program yang bersifat gotong royong ini telah dianjurkan oleh AMK Permatang Pauh telah dijalankan di Mengkuang Titi pada 30 Januari 2011 yang lalu ianya turut disertai oleh TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan Isteri.

Ianya dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim antara pemimpin Melayu tertinggi di Pulau Pinang dengan masyarakat setempat.

Dalam program ini TKM1 Pulau Pinang telah turut bersama-sama dengan masyarakat kampong membaiki sebatang jalan yang berada didalam kampong itu yang mengalami kerosakan.

Selain itu TKM1 dan juga para peserta program juga telah turut menyumbangkan tenaga menyertai Program yang dianjurkan oleh UMNO di kawasan tersebut iaitu menggali kembali parit yang telah tertimbus.




Foto dari Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh

Monday, January 31, 2011

ADUN Penanti YB Dato' Mansor memberikan sumbangan kepada Masyarakat Cina di Penanti.

Pada 28 & 29 Januari YB Dato' Mansor telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada masyarakat cina di dalam Kadun Penanti.

Antara kawasan perkampunga. Masyarakat cina yang dilawati adalah di Sg Lembu, Kubang Ulu, Teluk Wang, Tanah Liat, Berapit dan di Kubang Semang.

Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan ini dapat memberikan keceriaan kepada mereka yang kurang mampu dalam meraikan Tahun Baru ini.

Seramai 180 orang menerima sumbangan kali ini.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 30, 2011

Ziarah bersama TKM1 di Mengkuang

23 Jan : Ini bukanlah satu program yang dirancang sebenarnya, ianya adalah tindakan spontan TKM1 Datuk Mansor Othman setelah dinyatakan ada seorang warga emas yang terlantar sakit berhampiran dengan tempat Program Komuniti AMK sedang dijalankan.

Beliau dengan segera menjenguk warga emas yang dikatakan terlantar sakit itu dengan diiringi oleh ahli-ahli dari Biro Kebajikan PKR Permatang Pauh dan juga AMK Permatang Pauh

Begitu juga dengan rumah atau pondok yang dilawati itu, juga secara spontan.




Foto dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh

Ziarah bersama TKM1 di Cross Street

Program Ziarah ini telah dianjurkan oleh Biro Kebajikan PKR Permatang Pauh dengan kerjasama dari AMK Permatang Pauh telah dijalankan pada 23 Januari 2011 hari Ahad yang lalu.

TKM1 Datuk Mansor Othman turut bersama menjayakan Program mengagihkan hamper bagi meraikan golongan yang kurang upaya di beberapa kawasan dalam Parlimen Permatang Pauh.

Dan gambar-gambar yang dipaparkan ini ialah ketika program tersebut berjalan di Cross Street, Bukit Mertajam.





Foto dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh

Ziarah bersama TKM1 di Sama Gagah

23 Jan : Ziarah TKM1 di Sama Gagah bersama-sama dengan AJK AMK dan juga ahli-ahli dari Biro Kebajikan PKR Permatang Pauh yang telah menganjurkan program ini..

Hamper telah disumbangkan kepada pemilik rumah atau ahli keluarga didalam rumah yang bakal menyambut ...Gong Xi Fa Cai..

Kesemua yang menerima hamper ini adalah terdiri dari OKU ataupun mereka yang telah lama terlantar sakit.





Photo dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh

Ziarah bersama TKM1 di Kubang Semang

23 Jan : Ini adalah salah sebuah rumah di Kubang Semang yang telah di Ziarahi oleh TKM1 YB Dato' Mansor yang telah bergerak bersama-sama dengan AJK AMK dan juga ahli-ahli dari Biro Kebajikan PKR Permatang Pauh yang telah menganjurkan program ini..

Hamper telah disumbangkan kepada pemilik rumah atau ahli keluarga didalam rumah yang bakal menyambut Gong Xi Fa Cai..

Kesemua yang menerima hamper ini adalah terdiri dari OKU ataupun mereka yang telah lama terlantar sakit.




Photo dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh