Monday, June 22, 2009

KENYATAAN MEDIA: Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Tarikh: 22 Jun 2009

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

DATO' SERI ABDUL HADI AWANG

LIM KIT SIANG

Wednesday, June 3, 2009

Mansor angkat sumpah TKM1 P Pinang

Jun 3, 09 2:00pm

ADUN Penanti, Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai timbalan ketua menteri I (KTM) Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dikediaman rasminya di Seri Mutiara hari ini.

Dalam istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai timbalan ketua menteri I.

Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor, lapor Bernama.

Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi hal ehwal tanah dan pembangunan tanah, pembangunan keusahawanan, penerangan dan warisan negeri.

Manakala jawatankuasa pembangunan industri, perdagangan antarabangsa, koperasi dan perhubungan masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.

Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa perancangan bandar dan desa, perumahan dan kesenian negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah tersebut, Lim berkata, Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri.

"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.L

Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim.

Gambar Ihsan WRLR / NADODI MANNAN

Tuesday, June 2, 2009

Pusat Khidmat Adun Penanti akan dibuka esok

Seperti yang telah dijanjikan dalam pilihanraya YB mansor Othman akan membuka Pusat Khidmat Beliau pada esok (3 Jun 2009).

Difahamkan Pusat Khidmat tersebut akan dilengkapi dengan Telifon dan internet tidak lama lagi.

Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N12 Penanti YB Mansor Othman akan di buka di persimpangan masuk ke Taman Guar Perahu (Jalan Arumugan Pillai , Jalan Guar Perahu 1).

HSM 10, Lot 1612 MK 20, Jalan Guar Perahu 1, 14000 Bukit MertajamTel : 04- Email : adunpenanti@gmail.com

Monday, June 1, 2009

Monsor Othman Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Pengundi dan Petugas

Sdr Mansor Othman merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi dan petugas penanti yang telah memilih beliau sebagai Wakil Rakyat.

Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh diajukan ke email : adunpenanti@gmail.com

Blog boleh dilayari di : http://mansorothman.blogspot.com

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.

Beliau memulakan ucapan denganmegucapkan riuan terima kasih kepada semua pimpinan dalam parti.Rakyat telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan bersyukur dan ini jelas rakyat penanti memberi satu signal yang jelas. Kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagaimana yang dijelaskan bahawa kerjasama ini adalah satu kerjasama semua pihak dan seluruh kepimpinan.

Penanti akan memeberi satu signal yang jelas kepada umno dan Barisan Nasional,dan kita harap dari menifesto yang saya bawa saya akan dapat laksanakannnya bahawa saya cukup berterima kasih dan segala gerak kerja yang dilaksanaka sejak awal hingga kini, dan saya percaya YB Fauziah berkata model gerak kerja pilihanraya ini di Penanti ini akan di jadikan contoh dan akan merancang semuanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti untuk di lantik sebagai TKM1 dan saya berkata tanpa tuan -tuan dan puan -puan dengan mesefasto yang dijelaskan, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (mstar)

BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana telah dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Dalam reaksinya, Mansor mengucapkan terima kasih kepada para pengundi, pemimpin PKR, penyokong dan pekerja pilihan raya yang telah berusaha kerja membawa kemenangan kepada beliau.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pimpinan parti dan rakanrakan dari DAP dan PAS serta kepada pengundi Penanti," katanya.

Sehubungan itu tambah Mansor, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang apabila memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mulai minggu depan.

Keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 8.24 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Tahniah

TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN

Dr. Mansor bin Othman
ADUN PENANTI / TKM 1 PULAU PINANG