Saturday, May 1, 2010

Penyerahan Kerusi Roda

Dalam kesibukan Wakil Rakyat DUN Penanti yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Mansor Othman tidak melupakan tanggungjawab beliau bagi membantu masyarakat khususnya di KADUN Penanti.

Pemohonan dari JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 selaku jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk di DUN penanti dijaga, telah memaklumkan kepada YB Mansor tentang keperluan bantuan kerusi Roda kepada mereka yang memerlukan.

Oleh kerana bantuan perlu diberikan segera YB Mansor telah menyerahkan kepada JKKK agar dapat di salurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan segera.

JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 telah menyerahkan kerusi roda kepada Puan Leha Binti Adam pada 29hb April yang lalu. Kerusi tersebut telah diserahkan oleh Tuan Pengerusi, Ust Suhaimi Harun kepada anak Puan Leha.

Semoga dengan bantuan ini dapat memudahkan urusan pergerakkan Puan Leha.

No comments:

Post a Comment