KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.
Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu “Guan Eng gantikan Agong” yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.
Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP.
10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-
1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO.
5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.
6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
7. Menafikan dengan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.
8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.
9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri.
10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.
YB Dato Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang
YB Chow Kon Yeow
Pengerusi DAP Pulau Pinang
Ustaz Rosidi Hussain
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
Sunday, August 22, 2010
Monday, August 2, 2010
Sukaneka Rakyat Daerah Seberang Perai Tengah
Sukaneka Rakyat Daerah Seberang Perai Tengah akan diadakan pada maklumat seperti berikut:
Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat : Padang Homestay, Mengkuang Titi
Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 petang
Pelbagai acara dan program menarik telah diatur.
Acara Sukan Rakyat :
Sepak raga ratus, Bola sepak beragam (7 sebelah), tarik tali, Congkak, Dam Aji, Batu Seremban serta pelbagai acara sukaneka untuk dewasa dan kanak - kanak.
Pameran :
Pameran oleh Agensi Kerajaan, Pemeriksaan kesihatan , pertandingan memasak masakan tradisional dan gubahan, permainan layang - layang.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
04-5402350 (Pejabat Daerah SPT)
016-4330191 (Penghulu Yusof)
013-4664897 (Penghulu Suhaidi)
Program yang dijangka akan dihadir penduduk di Daerah Seberang Perai Tengah
Jangan lupa untuk membawa keluarga anda pada hari tersebut...
KENDURI RAKYAT & CABUTAN BERTUAH
Hadiah utama . TV LCD

Thursday, July 22, 2010
Program Motivasi Insan Cemerlang
Pejabat TKM 1 akan menganjurkan satu program Motivasi Insan Cemerlang
Pada : 24hb Julai 2010 (sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Yayasan Aman Penanti
Dirasmikan oleh YB Dato’ Mansor Othman pada jam 8.30 pg
* Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan
* Tuan/puan diminta menghantar peserta seramai mungkin. Sekian terima kasih
- Posted using BlogPress

Thursday, July 15, 2010
Monday, July 5, 2010
Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri P.Pinang 2010
Saturday, July 3, 2010
PROGRAM SEMBANG-SEMBANG REMAJA SEMPENA KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ) .
Biro wanita Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Puan Norhayati Jaafar ( KW WPKRPP) dengan kerjasama Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Abdul Malik Kassim akan menganjurkan program bicara remaja sempena pelancaran kempen ABJZ.
Tarikh program : 4 July 2010
Lokasi: Kompleks Bukit Jambul.
Tentatif program : Persembahan Raja Lawak ( Astro), Talk Show - Prof Dr. Harlina (UKM) , Kumpulan Nisa ( PAS) & nasyid remaja.
Semua dijemput hadir.
Tuesday, June 29, 2010
Sukaneka Rakyat DUN Penanti,
Sukaneka Rakyat DUN Penanti,
Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Anjuran : JKKK Guar Perahu & Biro Wanita Keadilan
Berbagai Acara yang dirancangkan antaranya :
ACARA DEWASA
- Bowling Padang
- Ikat Kaki Berpasangan
- Kerusi Berirama
- Lari Dalam Guni
- Musang Berjanggut
- Masuk Benang Dalam Jarum
- Tarik Tali
ACARA KANAK-KANAK
- Masuk Air Dalam Belon
- Tiup Belon
- Junjung Buku
- Bawa Bola Pingpong
- Pungut Gula-gula
- dan lain-lain permainan yang menarik......
ACARA KEMAHIRAN
- Gubahan Kuih Tradisional
- Membuat Sarung Ketupat
- Gubahan Pokok Sireh
- Gubahan Kain Telekong
- Solekan pengantin
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI bersama keluarga

Tuesday, June 22, 2010
Program TAQWA

Program TAQWA (2 - 3 Julai 2010) Jumaat & Sabtu
Pelbagai program seperti Forum Perdana, Qiamulai , Kuliah Subuh & Jamuan Rakyat akan diadakan di Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Bukit Mertajam.
Program akan bermula selepas Isyak hingga Solat Subuh.
Semua Muslimin & Muslimat di Penanti dijemput hadir.
Monday, May 31, 2010
BANTAH ISRAEL
Pakatan Rakyat akan serah memo bantahan keganasan Zionis terhadap misi keamanan Flotila di Gaza.
Berhimpun di Kedutaan Amerika KL 11.30 pagi esok (1 Jun 2010)
Selain serahan memo esok, PAKATAN RAKYAT anjur himpunan besar-besaran di Kedutaan Amerika, KL lepas Solat Jumaat 4 Jun 2010.
Hadir beramai-ramai.
*Anda mungkin tidak dapat pergi ke bumi palestin namun anda mampu untuk menyatakan sokongan anda membantah tindakan Zionis dengan hadir di bumi Malaysia ini sebagai sokongan kepada mereka di Paleatin.

Sunday, May 23, 2010
Mana Pemuda UMNO Pulau Pinang? Pemuda UMNO Bahagian Serdang - bantah lesen judi
Pemuda UMNO Bahagian Serdang - bantah lesen judi
Written by Webmaster umnoreform
FRIDAY, 21 MAY 2010
Pemuda UMNO Bahagian Serdang turut serta membantah isu lesen judi yang mahu dilaksanakan bagi pertaruhan untuk kejohanan sukan bola sepak piala dunia. Tindakan UMNO Bahagian Sedang ini amat dialu-alukan. Tindakan Pemuda UMNO Bahagian Serdang ini di lihat oleh www.umno-reform2.com sebagai satu perubahan yang perlu ada pada semua ahli UMNO. Perubahan yang dimaksudkan adalah keberanian membantah – dan ini juga dapat menunjukkan pandangan serta bantahan UMNO terhadap judi. Jangan takut – bertindak sebegini akan mampu memperlihatkan bahawa UMNO itu bebas – dalam mengkritik kerajaan dan tidak meletakkan apa sahaja yang kerajaan buat perlu di angguk oleh semua yang lain!

Thursday, May 20, 2010
Sunday, May 2, 2010
Pertandingan Memancing di Sg Kg Terus
Saturday, May 1, 2010
Penyerahan Kerusi Roda
Dalam kesibukan Wakil Rakyat DUN Penanti yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Mansor Othman tidak melupakan tanggungjawab beliau bagi membantu masyarakat khususnya di KADUN Penanti.
Pemohonan dari JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 selaku jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk di DUN penanti dijaga, telah memaklumkan kepada YB Mansor tentang keperluan bantuan kerusi Roda kepada mereka yang memerlukan.
Oleh kerana bantuan perlu diberikan segera YB Mansor telah menyerahkan kepada JKKK agar dapat di salurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan segera.
JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 telah menyerahkan kerusi roda kepada Puan Leha Binti Adam pada 29hb April yang lalu. Kerusi tersebut telah diserahkan oleh Tuan Pengerusi, Ust Suhaimi Harun kepada anak Puan Leha.
Semoga dengan bantuan ini dapat memudahkan urusan pergerakkan Puan Leha.

EKSPO PERUBATAN ISLAM
JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK20 dengan kerjasama JKKK Mengkuang dan Masjid Kubang Semang akan menganjurkan Ekspo Perubatan Islam pada 1, 2 dan 3hb Mei 2010 bertempat di perkarangan Masjid Kubang Semang.
Ekspo 3 hari ini akan bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari malam. Sebanyak 60 buah gerai disediakan kepada pengusaha pengubatan secara Islam.
Disamping itu juga terdapat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan kempen derma darah (siang sahaja).
Manakala pada waktu malam pula pihak masjid Kubang Semang akan mengadakan ceramah umum mulai 9.30 malam sehingga 12.oo tengah malam (selama 3 malam berturut-turut).
Semua dijemput hadir

Selamat Hari Pekerja
Kepada semua warga kerja yang mengikuti blog N12adunpenanti.
Saya bagi pihak warga kerja adun penanti mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua warga penanti.
- Posted using BlogPress
Saya bagi pihak warga kerja adun penanti mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua warga penanti.
- Posted using BlogPress
Subscribe to:
Posts (Atom)