- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, March 27, 2011
Thursday, March 24, 2011
CERAMAH PERDANA : Siapa Tok Dalang Fitnah 3
Tarikh : 26hb March 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30 malam
Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Dato' Mansor Hj Othman
4. YB Dato' Johari Abdul
Semua dijemput hadir dan sebarkan
Solat Hajat di Masjid Bandar Perda selepas Maghrib.
Wednesday, March 23, 2011
AMK Permatang Pauh buat laporan polis desak siasat ‘Datuk T’
PULAU PINANG : Naib Ketua 1 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh, Mohd Shukri Abd Hamid semalam membuat satu laporan polis di Balai Polis Penanti mendesak supaya polis menyiasat Datuk ‘T’ dan dalang disebalik tayangan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Kembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam laporan itu, beliau mendesak supaya siasatan segera dilakukan terhadap Datuk T kerana menganjurkan tayangan video lucah di sebuah hotel ternama di ibu kota baru-baru ini.
Menurutnya, mustahil pihak berkuasa mengatakan tidak tahu menahu tentang tayangan filem lucah itu kerana Menteri Dalam Negeri (KDN) sendiri mengeluarkan kenyataan menyatakan sesiapa yang berasa teraniaya dengan tayangan video itu boleh membuat laporan polis.
“Timbul persoalan di sini apakah pihak berkuasa kita hanya bertindak berdasarkan laporan yang dibuat sedangkan jenayah atau salah laku itu sedang berlaku di hadapan mata?,” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas beliau lagi, tindakan polis membiarkan Datuk ‘T’ menganjurkan tayangan perdana filem lucah itu seolah-olah cuba memejam mata terhadap satu jenayah yang dilakukan pihak terbabit.
“Adalah janggal apabila Datuk ‘T’ tidak melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai penemuan rakaman video aksi seks itu, tetapi menayangkannya kepada wakil media.
“Tujuannya jelas, semata-mata mahu mengaibkan Anwar dan keluarganya,” tegas beliau.
Mohd Shukri dalam kenyataannya turut mempersoal mengapa Najib kelihatan tergesa-gesa menafikan penglibatan polis, meskipun tidak ada tuduhan seumpama itu dilakukan.
Beliau juga menyalahkan pihak hotel Carcosa Seri Negara kerana membiarkan premis tersebut digunakan sewenangnya sebagai tempat untuk menayangkan video lucah.
“Sepatutnya premis perniagaan perlu memenuhi etika sosial daripada mengejar keuntungan yang tidak bermoral.
“Biasanya kita melihat pihak berkuasa amat tegas dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tetapi bertindak sebaliknya jika ianya melibatkan pemimpin dan penyokong Umno,” katanya.
Thursday, February 3, 2011
Pelepasan XPDC Gunung Bintang Oleh YB Dato' Mansor Othman


YB Dato' Mansor Bin Haji Othman, juga menyampaikan bantuan kepada 6 orang penerima bantuan.


Ziarah bersama TKM1 di Mengkuang Titi


Foto dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh
Program Komuniti AMK bersama TKM1
Ianya dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim antara pemimpin Melayu tertinggi di Pulau Pinang dengan masyarakat setempat.
Dalam program ini TKM1 Pulau Pinang telah turut bersama-sama dengan masyarakat kampong membaiki sebatang jalan yang berada didalam kampong itu yang mengalami kerosakan.
Selain itu TKM1 dan juga para peserta program juga telah turut menyumbangkan tenaga menyertai Program yang dianjurkan oleh UMNO di kawasan tersebut iaitu menggali kembali parit yang telah tertimbus.



Foto dari Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh
Monday, January 31, 2011
ADUN Penanti YB Dato' Mansor memberikan sumbangan kepada Masyarakat Cina di Penanti.
Antara kawasan perkampunga. Masyarakat cina yang dilawati adalah di Sg Lembu, Kubang Ulu, Teluk Wang, Tanah Liat, Berapit dan di Kubang Semang.
Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan ini dapat memberikan keceriaan kepada mereka yang kurang mampu dalam meraikan Tahun Baru ini.
Seramai 180 orang menerima sumbangan kali ini.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, January 30, 2011
Ziarah bersama TKM1 di Mengkuang
Beliau dengan segera menjenguk warga emas yang dikatakan terlantar sakit itu dengan diiringi oleh ahli-ahli dari Biro Kebajikan PKR Permatang Pauh dan juga AMK Permatang Pauh
Begitu juga dengan rumah atau pondok yang dilawati itu, juga secara spontan.


Ziarah bersama TKM1 di Cross Street
TKM1 Datuk Mansor Othman turut bersama menjayakan Program mengagihkan hamper bagi meraikan golongan yang kurang upaya di beberapa kawasan dalam Parlimen Permatang Pauh.
Dan gambar-gambar yang dipaparkan ini ialah ketika program tersebut berjalan di Cross Street, Bukit Mertajam.




Foto dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh
Ziarah bersama TKM1 di Sama Gagah
Hamper telah disumbangkan kepada pemilik rumah atau ahli keluarga didalam rumah yang bakal menyambut ...Gong Xi Fa Cai..
Kesemua yang menerima hamper ini adalah terdiri dari OKU ataupun mereka yang telah lama terlantar sakit.




Photo dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh
Ziarah bersama TKM1 di Kubang Semang
Hamper telah disumbangkan kepada pemilik rumah atau ahli keluarga didalam rumah yang bakal menyambut Gong Xi Fa Cai..
Kesemua yang menerima hamper ini adalah terdiri dari OKU ataupun mereka yang telah lama terlantar sakit.



Photo dari : Unit Komunikasi PKR Permatang Pauh
Thursday, December 23, 2010
GANGGUAN BEKALAN AIR PADA 28 DISEMBER 2010 UNTUK KERJA-KERJA AIR PENTING
| GANGGUAN BEKALAN AIR PADA 28 DISEMBER 2010 UNTUK KERJA-KERJA AIR PENTING
(Sila Sebarkan maklumat) |
|
|
| Gangguan bekalan air selama 12 jam akan berlaku di kebanyakan kawasan negeri ini pada 28 Disember 2010 bagi membolehkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyiapkan kerja-kerja penting di loji rawatan air utamanya.
Gangguan bekalan air akan bermula jam 7.00 pagi pada 28 Disember melibatkan banyak kawasan di negeri Pulau Pinang, iaitu di bahagian pulau dan seberang (sila rujuk lampiran peta) Bekalan air dijangka disambung semula jam 7.00 malam pada hari yang sama untuk kebanyakan kawasan. Bagaimanapun, bekalan ke Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar yang terletak di hujung sistem agihan akan hanya disambung semula bermula 7.00 pagi 29 Disember 2010. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan gangguan bekalan air pada 28 Disember 2010, sila hubungi Pusat Panggilan 24-jam PBAPP (no. tel. 04 509 6509) atau layari laman web : http://www.pba.com.my |
28/12/2010 - Selasa
12 Jam Ganguan Bekalan Air (7.00am – 7.00 pm)
Kawasan Seberang Perai : Seluruh Seberang Perai
Kawasan Pulau :
1. Batu maung
2. Batu Uban
3. Bayan Baru
4. Bayan Lepas
5. Bukit Dumbar
6. Bukit Gambir
7. Bukit Gelugor
8. Bukit Jambul
9. Cangkat Minden
10. Farlim
11. Gelugor
12.
14.
15. Pantai Jerejak
16. Paya Terubong
17. Permatang Damar Laut
18. Relau
19. Sungai Ara
20. Sungai Dua
21. Sungai Nibong
22.
23. USM
28/12/2010 & 29/12/2010 – Selasa & Rabu
24 Jam Ganguan Bekalan Air (7.00am, 28/12/2010 – 7.00 am, 29/12/2010)
Kawasan Pulau :
1. Gertak Sanggul
2. Teluk Kumbar
Tuesday, December 14, 2010
EXPO MUDA
Tarikh : 24-26 Disember 2010
Tempat : Padang Awam Taman Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) &
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) amat hargai perhatian
Monday, November 15, 2010
PROGRAM CERAMAH PERDANA
- Tarikh : 18 November 2010 ( Khamis )
- Masa : 9.00 malam
- Tempat : Pusat Khidmat DUN Penanti, Guar Perahu
Monday, November 1, 2010
Sidang DUN Penang
Bajet dibentang hari ini 2.30pm. Debat hangat dijangka.
Tonton Live!
Di www.penang.gov.my



