Tuesday, May 5, 2009

Pilihanraya Dun N12 Penanti: Najib lengahkan umum pendirian Umno

Monday, 4 May 2009 •
Anna Yusof

KUALA LUMPUR 4 Mei (SK) : Perdana Menteri Najib Razak sengaja melengahkan keputusan samada mahu bertanding atau tidak di Dun N12 Penanti walaupun sudah bermesyuarat hari ini.

Menurut laporan mStar Online, Biro Politik Umno selesai mengadakan mesyuarat bagi menentukan kedudukan sama ada parti itu akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti pada 31 Mei ini.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam itu dipengerusikan oleh Presiden parti, Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ketika dihubungi bagaimanapun berkata Najib yang juga Pengerusi Biro Politik akan membuat kenyataan media berhubung hasil keputusan mesyuarat tersebut.

“Najib akan umumkannya, Presiden akan umumkan sendiri, kita sebagai ahli tak boleh cakap apa-apa.

“Presiden akan ke Sabah, mungkin beliau akan buat kenyataan di sana nanti,” katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment