Wednesday, February 24, 2010

Ceramah Perdana

CERAMAH TOLAK FITNAH SELAMATKAN MALAYSIA

TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK GUAR JERING
PENANTI PERMATANG PAUH

TARIKH : 27 HB. FEB. 2010

MASA : 9.00 MALAM UCAPAN OLIH YB DATO SERI ANWAR ( AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH)
10.00 MALAM UCAPAN OLIH UST SHAHRIL LONG (PENCERAMAH BEBAS)
10.30 MALAM UCAPAN OLIH YB MANSOR OTHMAN (TIMBALAN KETUA MENTERI 1 P PINANG)
11.00 MALAM UCAPAN OLIH YB AZMIN ALI (NAIB PRESIDEN PKR /AHLI PARLIMEN GOMBAK)

Sunday, February 21, 2010

Perlawanan Bolasepak Persahabatan







Kunjungan Pemuda Baru Batu Cave ke Penanti semalam untuk lawatan sambil belajar ke Pulau Pinanag dan Kedah.

YB Amirruddin, ADUN Batu Cave mengetuai rombangan ini. Satu perlawanan bolasepak persahabatan telah diatur dengan pemuda penanti.

Perlawanan ini berkesudahan dengan seri 1 sama.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 17, 2010

Maaf atas Posting yang tidak berkenaan.

Saya memohon maaf atas segala kesulitan. Ada sedikit gangguan dalam minggu lepas. Mohon Maaf atas kesulitan.

Thursday, February 11, 2010

Solat Hajat 16 Februarai

CERAMAH PERDANA : TOLAK FITNAH, SELAMATKAN PULAU PINANG


CERAMAH PERDANA - TOLAK FITNAH, SELAMATKAN PULAU PINANG

Ceramah diatas akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 12 Febuari 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Tapak Pesta, Sg Nibong, Pulau Pinang
Penceramah :
YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri)
YB Mansor Othman (TKM 1)
YB Dato' Mahfuz Omar

Sila hadir beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini kepada semua ahli-ahli serta penyokong PR.

Sunday, February 7, 2010

Terima Kasih Atas Pandangan

Baru-baru ini adun penanti ada terima email dari seseorang yang menggelar dirinya sebagai Ryan Giggs. Yang mengkritik bahawa YB Adun Penanti tidak pernah ke Masjid Taman Guar Perahu.

Disini saya rasa peneranggan fakta yang sebenarnya perlu diberikan, mungkin kerana Ryan Giggs Penanti ni asyik sibuk di padang bola jadi rasanya tidak berada di Masjid ketika hari yang YB Mansor hadir. Tidak salah menyuarakan pendapat tapi janganlah sampai melemparkan kata-kata yang kurang menyenangkan.

Saya selaku blogger adun penanti mengucapkan terima kasih kepada Rynn Giggs Penanti yang menyuarakan beberapa pandangan yang bernas.

Kalau benar ingin membantu berilah nama sebenar jangan umpama "baling batu sembunyi tangan"

Di Taman Guar Perahu rasanya dah berbagai aktiviti yang diadakan. Antaranya Hari Keluarga yang telah di adakan di padang Taman Guar Perahu disamping itu Rumah Terbuka Hari Raya pun di tempat yang sama.

Aktiviti yang saudara cadangkan memang dialu-alukan, kalau nak membantu lebih baik tampil ke pusat khidmat dan berjumpa pegawai disana yang sedia membantu.

Terima Kasih atas pandangan dan sokongan semua.

Blogger Adunpenanti.


- Posted using BlogPress

Friday, February 5, 2010

Kerajaan PR PULAU PINANG pembela nasib orang ISLAM dan MELAYU...

PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

"Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini," katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

"Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

"Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.

Wednesday, February 3, 2010

5 Cara Terpantas Untuk Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim

5 Cara Terpantas Untuk Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim:
5 Fastest Ways to follow Conspiracy Case on Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. FaceBook Fan Page DSAI

2. Twitter @AnwarIbrahim

3. TV Selangor

4. Sistem SMS Parti Keadilan Rakyat
How to subscribe? 
Type: REG ADIL 
sms to: 32300

5. Blog DSAI

6. MediaRakyat

Tuesday, February 2, 2010

Kenyataan Media SUA

KENYATAAN MEDIA

Tarikh: 2 Februari 2010

Pada 1 Feb 2010 bertolak daripada keputusan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya telah menghantar surat kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti. Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.

Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti. Hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat. PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan rakyat.

Sudah lebih satu dekad, PKR dikatakan kucar-kacir, berpecahbelah, hura hara dan berkecamuk. Dalam suasana persepsi negatif ini, PKR tetap bersungguh meneruskan perjuangan membela hak-hak rakyat dan mendokong agenda perubahan. Sementelah perkembangan terkini yang membabitkan beberapa individu pimpinan yang dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti tidak sama sekali membawa PKR kepada kancah krisis apatah lagi menjauhkan PKR daripada agenda besar perjuangan.

Sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan perubahan demokrasi, PKR kekal sebagai sebuah parti yang menghormati hak individu anggotanya untuk berdebat dan berbeda pandangan dengan kepimpinan parti. Pada masa yang sama parti menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi hak satu anggota satu undi membuktikan kesungguhan PKR dalam menghormati hak-hak setiap anggota PKR. Serentak dengan itu Pakatan rakyat juga menyediakan mekanisma yang jelas dalam menguruskan perbedaan pendapat.

PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeda pendapat terbuka luas namun ianya bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti. Keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR adalah suatu yang amat mahal dan wajib dipelihara oleh setiap anggota parti.

Dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin. Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.

PKR ujud sebagai sebuah parti yang mendokong 17 prinsip perjuangan yang terakam dalam Perlembagaan Parti. Prinsip ini akan terus menjadi ikatan kukuh membina parti. Seterusnya Pakatan Rakyat juga diikat dengan Dasar Pakatan Rakyat yang terhasil dari Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember 2009.

Saya ingin mengulangi adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pemimpin dan anggota parti untuk mendokong, mempertahan dan mengembangkan nilai-nilai dan prinsip perjuangan PKR dan perkara-perkara yang disepakati dalam Dasar Pakatan Rakyat. Sesungguhnya agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara. Seluruh anggota dan pimpinan PKR samada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara, Menteri Besar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Penghulu, Ketua kampong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Pimpinan Cabang, Ketua Ranting dan anggota biasa adalah bertanggungjawab memikul amanah besar ini. PKR akan menjadi wadah kepada mereka yang ingin bersama mendokong agenda besar dan tentu sahaja PKR tidak mampu menjadi wadah untuk sebuah perjuangan yang mengharapkan habuan semata-mata.

Akhirnya sementara kita meneruskan usaha untuk proses pembaharuan dan pendemokrasian dalaman parti, kita yakin organisasi parti kan terus diperkasakan. Proses ini tidak akan mengalih tumpuan parti dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Perak sekiranya ada. 

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Monday, February 1, 2010

Kenyataan Media AMK Bayan Baru berkaitan kenyataan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim

ANGKATAN MUDA CABANG BAYAN BARU

 

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan Ketua Cabang Baru-  

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang  dengan terbuka telah  mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng secara keras  dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

 Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga kesal dengan kenyataan beliau yang secara jelas membelakangi semangat Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam Kongres Pakatan Rakyat yang diadakan pada bulan December 2009 lalu. Jelas kenyataan beliau mengundang persoalan berkaitan pendirian beliau selaku Ahli Parlimen  yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

 Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang  kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.

 

Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mahu semua permasalahan yang berkaitan Pakatan Rakyat dihalusi dan dibincangkan secara muafakat melalui rundingan samada di peringkat cabang, negeri mahupun pusat. Pendedahan melalui media bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. UMNO dan Barisan Nasional akan mengambil kesempatan dan memutarbelitkan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Ditambah dengan usaha untuk mengelapkan berita berkaitan perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan kes-kes yang melibatkan salah urus kerajaan yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.

 

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar beliau menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat). Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) juga mendesak agar pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat melakukan siasatan segera berhubung kenyataan beliau.


AHMAD AZRIZAL TAHIR

Ketua Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)

31 hb Jan 2010