Wednesday, May 11, 2011

PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM DI PENANTI

KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (1) NEGERI PULAU PINANG

PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM DI PENANTI

Adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi semua masyarakat negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup dan pendidikan rakyat.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk mewujudkan sebuah universiti Islam di dalam KADUN Penanti, Permatang Pauh. Tapak lokasi bagi cadangan projek ini telahpun dikenalpasti yang merangkumi satu pembangunan bandar baru (new township) di Mengkuang, Bukit Mertajam yang terletak di belakang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Cadangan awal bagi rancangan ini adalah untuk menjadikan kampus universiti ini sebahagian daripada bandar baru tersebut.

Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan daripada universiti-universiti dari Arab Saudi, Turki dan negara-negara Islam yang lain untuk membuka kampus di bandar baru ini.

Dengan wujudnya universiti ini nanti akan dapat membantu para pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) untuk melanjutkan pengajian di universiti ini. Usaha ini adalah untuk mengembalikan Pulau Pinang sebagai pusat kegemilangan pengajian Islam satu masa dahulu yang telah banyak melahirkan ilmuan Islam seperti Syed Syeikh al-Hadi, Dr. Buhanuddin al-Helmy, Abu Bakar Asyaari dan ramai tokoh-tokoh Islam yang berjasa kepada negeri dan negara ini.

Selain itu juga, usaha ini adalah untuk mengangkat martabad Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Dengan wujudnya institusi ini nanti akan dapat memberikan peluang pendidikan yang lebih berkualiti kepada masyarakat Islam secara keseluruhanya.

Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang


- Posted using BlogPress from my iPhone