Monday, May 31, 2010

BANTAH ISRAEL

Pakatan Rakyat akan serah memo bantahan keganasan Zionis terhadap misi keamanan Flotila di Gaza.

Berhimpun di Kedutaan Amerika KL 11.30 pagi esok (1 Jun 2010)

Selain serahan memo esok, PAKATAN RAKYAT anjur himpunan besar-besaran di Kedutaan Amerika, KL lepas Solat Jumaat 4 Jun 2010.

Hadir beramai-ramai.

*Anda mungkin tidak dapat pergi ke bumi palestin namun anda mampu untuk menyatakan sokongan anda membantah tindakan Zionis dengan hadir di bumi Malaysia ini sebagai sokongan kepada mereka di Paleatin.

- Posted using BlogPress

Sunday, May 23, 2010

Mana Pemuda UMNO Pulau Pinang? Pemuda UMNO Bahagian Serdang - bantah lesen judi

Pemuda UMNO Bahagian Serdang - bantah lesen judi
Written by Webmaster umnoreform
FRIDAY, 21 MAY 2010

Pemuda UMNO Bahagian Serdang turut serta membantah isu lesen judi yang mahu dilaksanakan bagi pertaruhan untuk kejohanan sukan bola sepak piala dunia. Tindakan UMNO Bahagian Sedang ini amat dialu-alukan. Tindakan Pemuda UMNO Bahagian Serdang ini di lihat oleh www.umno-reform2.com sebagai satu perubahan yang perlu ada pada semua ahli UMNO. Perubahan yang dimaksudkan adalah keberanian membantah – dan ini juga dapat menunjukkan pandangan serta bantahan UMNO terhadap judi. Jangan takut – bertindak sebegini akan mampu memperlihatkan bahawa UMNO itu bebas – dalam mengkritik kerajaan dan tidak meletakkan apa sahaja yang kerajaan buat perlu di angguk oleh semua yang lain!

Sunday, May 2, 2010

Pertandingan Memancing di Sg Kg Terus

JKKK Guar Perahu mengadakan Pertandingan memancing di Sg Kg Terus.

Ianya disertai seramai 200 orang pemancing. Program yang bermula dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

YB Mansor juga sempat mencuba melabuhkan mata kail bagi menyertai pertandingan tersebut.












- Posted using BlogPress

Saturday, May 1, 2010

Penyerahan Kerusi Roda

Dalam kesibukan Wakil Rakyat DUN Penanti yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Mansor Othman tidak melupakan tanggungjawab beliau bagi membantu masyarakat khususnya di KADUN Penanti.

Pemohonan dari JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 selaku jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan penduduk di DUN penanti dijaga, telah memaklumkan kepada YB Mansor tentang keperluan bantuan kerusi Roda kepada mereka yang memerlukan.

Oleh kerana bantuan perlu diberikan segera YB Mansor telah menyerahkan kepada JKKK agar dapat di salurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan segera.

JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 20 telah menyerahkan kerusi roda kepada Puan Leha Binti Adam pada 29hb April yang lalu. Kerusi tersebut telah diserahkan oleh Tuan Pengerusi, Ust Suhaimi Harun kepada anak Puan Leha.

Semoga dengan bantuan ini dapat memudahkan urusan pergerakkan Puan Leha.

EKSPO PERUBATAN ISLAM

JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK20 dengan kerjasama JKKK Mengkuang dan Masjid Kubang Semang akan menganjurkan Ekspo Perubatan Islam pada 1, 2 dan 3hb Mei 2010 bertempat di perkarangan Masjid Kubang Semang.

Ekspo 3 hari ini akan bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari malam. Sebanyak 60 buah gerai disediakan kepada pengusaha pengubatan secara Islam.

Disamping itu juga terdapat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan kempen derma darah (siang sahaja).

Manakala pada waktu malam pula pihak masjid Kubang Semang akan mengadakan ceramah umum mulai 9.30 malam sehingga 12.oo tengah malam (selama 3 malam berturut-turut).

Semua dijemput hadir

Selamat Hari Pekerja

Kepada semua warga kerja yang mengikuti blog N12adunpenanti.

Saya bagi pihak warga kerja adun penanti mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua warga penanti.


- Posted using BlogPress