Saturday, March 27, 2010

Pertandingan Memancing Karnival Koperasi Pulau Pinang


Pertandingan Memancing

Karnival Koperasi

Pulau Pinang

28 March 2010

9.00  Pagi Hingga 12.00 Tengahari

Bertempat : Kolam Tapak Ekspo Seberang Jaya.

 

Hadiah & Ganjaran

Tempat Pertama – Trofi & Wang Tunai RM300

Tempat Kedua – Trofi & Wang Tunai RM200

Tempat Ketiga – Trofi & Wang Tunai RM100

Tempat Ke-4 Hingga Ke-10 - Hamper

 

Sebarang Pertanyaan Hubungi:

012-5305696

 


Selamatkan Malaysia

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=HHsJRZfSs-0&feature=youtube_gdata

Wednesday, March 24, 2010

Program Kenalilah Parti Keadilan Rakyat

Kelas Kenalilah PKR, @ Pejabat YB Sim. Percuma! Semua dijemput! Sebar!


Tarikh: 26/3/2010 Jumaat
Masa: 8.30mlm (2 jam)
Tempat: Pejabat YB Sim Tze Tzin ADUN Pantai Jerejak P Pinang 
Peta lokasi: http://alturl.com/yox4
Pensyarah: YB Sim, ADUN Pantai Jerejak

Kandungan Kelas:
1. Prinsip Perjuangan
2. 17 Dasar Parti
3. Struktur Parti Pusat-Negeri-Cabang
4. Lagu Parti
5. Sejarah Parti
6. Cabaran dan masa depan parti
7. Isu-isu semasa

Minat? Hubungi En Idris 0194761754


- Kelas Induksi untuk ahli baru/lama dan masyarakat umum
--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
facebook: simtzetzin@gmail.com
twitter: simtzetzin@gmail.com

Thursday, March 18, 2010

Makmal Sains pertama di SAR penang-malaysiakini

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau pinnag YB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.YB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri "CAT" iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

"Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat" demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat in juga , menurut Guan Eng menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

"Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita"

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

"Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin"

Smentara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama. Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Tuurt sama memberi ucapan dalam majlis tersebeut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya. Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi



--
Dicatat Oleh Tun Saban ke Tun Saban Balek di 3/18/2010 10:34:00 AM

Friday, March 5, 2010

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 2 KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Dear All

Let's all be there to show support for PAKATAN RAKYAT. See you on Sat 8.30 pm @ Tapak Pesta Sg. Nibong.

Thursday, March 4, 2010

KARNIVAL KOPERASI


Karnival Koperasi Negeri Pulau Pinang 2010

Tarikh : 27 & 28 Mac 2010 ( Sabtu & Ahad)

Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat : Tapak Ekspo Seberang Jaya

Perasmian : Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Pulau Pinang
( 27 Mac 2010, Jam 3.00 petang )

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jawatankuasa Penyertaan :

1) Encik Surani bin Ibrahim 04 - 2619905 (Pejabat TKM 1, Pulau Pinang)

2) Puan Noor Syawaliza binti Ayob 04 - 6505192 (Pejabat UPEN, Pulau Pinang)

Muat turun

1. Borang Penyertaan [ klik disini ]

2. Pamplet Karnival Koperasi Negeri Pulau Pinang 2010 [ klik disini]



Semua dijemput hadir beramai-ramai.

Monday, March 1, 2010

Syukur Fairus Keluar Keadilan

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 1 Mac 2010 

SYUKUR FAIRUS KELUAR KEADILAN

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya "kerja" dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN