Thursday, April 30, 2009

Respon AMK kepada SPR

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
29 April 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya.

Terdahulu SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru: menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding, menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini. AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon.

Harus diingat bahawa seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak. Malah terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang 'jelas kelihatan' menyokong BN.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.

AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja.

Justeru, AMK menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad ini yang hanya merendahkan profesionalisme dan imej penjawat awam yang sepatutnya bersikap neutral dalam menjalankan amanah. Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan

SPR tetap laksana larangan pondok panas di Penanti

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (mstar)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian mereka untuk melaksanakan larangan kepada parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tetap dengan keputusan mereka dan mahu semua parti politik dan penyokong parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Kita tetap dengan pendirian untuk kuat kuasakan undang-undang tersebut bagi mengelakkan wujudnya masalah terhadap pengundi dan petugas sewaktu proses pilihan raya diadakan," katanya kepada mStar Online.

Semalam Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa SPR agar menarik balik keputusan larangan tersebut dan bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan SPR esok bagi membincangkan mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai rancangan pertemuan tersebut daripada Pakatan Rakyat.

"Kita tak dapat apa-apa maklumat lagi mengenainya (pertemuan)," katanya.
"Tapi jika ada (permohonan), kita akan maklumkan bila masanya yang sesuai untuk bertemu dengan mereka.

"Kalau nak jumpa esok (hari ini), kita mungkin tak ada kelapangan sebab esok (hari ini) SPR akan adakan pertemuan dengan pihak polis bagi membincangkan mengenai pilihan raya Penanti," katanya.

Beliau berkata, SPR sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik bagi membincangkan mengenai apa jua perkara yang dibangkitkan untuk kepentingan semua pihak.

"Mereka pelanggan kita, jadi kita sentiasa terbuka untuk jumpa mereka, tapi jadual untuk esok kita dah aturkan untuk buat perjumpaan dengan polis.

"Banyak perkara yang akan kita bincangkan dengan polis terutamanya mengenai pelaksanaan undang-undang yang perlu dikuatkuasakan," katanya.

Isnin lalu SPR mengumumkan hari penamaan calon ialah pada 23 Mei ini manakala hari pengundian ialah pada 31 Mei jika ada pertandingan.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan Pakatan Rakyat bahawa pondok panas parti politik perlu diadakan bagi memudahkan para pengundi menyemak status mengundi, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak mahu pondok panas dijadikan medan untuk berkempen di saat-saat akhir.

Jelasnya, isu semakan status mengundi sepatutnya tidak timbul kerapa para pengundi sepatutnya menyemak nama mereka sebelum hari mengundi dengan menggunakan pelbagai saluran yang disediakan pihaknya.

"Pengundi sepatutnya tak semak di saat-saat akhir, mereka boleh semak dengan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) ataupun di pondok panas SPR sendiri.

"Tapi apa yang kita lihat dari pengalaman-pengalaman lalu, pondok panas bukan berfungsi sebagai tempat semakan pun, tapi lebih kepada tempat berkempen... itu yang kita tak mahu.
"Kita tak mahu isu pondok panas dijadikan alasan untuk mana-mana pihak berkempen di saat-saat akhir," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, jika parti-parti yang bertanding sangsi dengan petugas-petugas SPR yang membuat semakan status pengundi, SPR sedia mempertimbangkan untuk mengizinkan parti politik menempatkan ejen mereka sepanjang proses berkenaan.

"Jika mereka ragu, kita sedia pertimbangkan untuk benarkan parti-parti politik meletakkan ejen mereka di pondok panas SPR bagi memantau pegawai-pegawai kita jalankan tugas ketika membuat semakan status pengundi... tidak ada masalah untuk itu," katanya.

AMK Pulau Pinang sambut baik percalunan Mansor

Wednesday, 29 April 2009 •

KUALA LUMPUR, 29 APRIL (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan Pulau Pinang menyambut baik pemilihan Mansor Othman sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti.

Ketuanya, Yusmadi Yusoff berkata pemilihan berkenaan adalah tepat berdasarkan kredebiliti dan kualiti Dr Mansor yang telah terbukti bagi KeADILan Pulau Pinang.

“Mansor adalah tunjang bagi KeADILan negeri ini dan berkhidmat dengan begitu baik selaku pemimpin parti mau di peringkat negeri dan bahagian, AMK Pulau Pinang sambut baik keputusan parti,” kata Yusmadi yang juga ahli Parlimen Balik Pulau.

Mansor Othman, 59 tahun pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ketua KeADILan Balik Pulau juga adalah seorang tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Menurut Yusmadi lagi, Angkatan Muda KeADILan menyambut baik pemilihan berkenaan dan akan terus memastikan gerak kerja pilihanraya bagi membantu kemenangan Mansor dan Pakatan Rakyat.

“Angkatan Muda KeADILan akan melakukan perancangan bagi memulakan gerak kerja seawal bulan Mei, kami juga berkemungkinan besar akan melancarkan cara kempen kami tersendiri,” kata Yusmadi lagi.

Tambahnya lagi, AMK Pulau Pinang akan melancarkan ‘revolusi’ pengundi muda dalam masa terdekat bagi memastikan pengundi muda untuk memilih Mansor.

Tuesday, April 28, 2009

Mansor Othman Sebagai Calun N12 Penanti

http://www.tvantara.com/v1/video?id=625

– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang.

Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM


Fairus Menyampaikan Ucapan Dalam Majlis Di Penanti

Fairus akan terus berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat. Beliau menyatakan sokongan yang padu kepada Parti Keadilan Rakyat.

Penanti: Diumum esok, bekas Setiausaha Politik Anwar calon PKR?

Dr. Mansor Osman bakal diturunkan, jika menang bakal Timbalan Ketua Menteri

Oleh G. MANIMARAN (mstar)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya 'terkelakang' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil mengambil langkah awal menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam esok.
Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calonnya disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.
Mansor pernah bertanding di kerusi DUN Pulau Betong pada Mac 2008 tetapi tewas dengan perbezaan 294 undi di tangan Muhamad Farid Saad dari BN-Umno.

"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.

Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus, 33, daripada PKR mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya terlalu awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."

"Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.

Dengan pengumuman esok, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.

Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Daftar Pemilih yang akan digunakan SPR pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Monday, April 27, 2009

Penanti: PKR umum calon esok

Oleh G. MANIMARAN (mstar)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang biasanya 'lewat' dalam mengumumkan calonnya bertanding pilihan raya kecil akan menamakan bakal calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti malam esok.

Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasition ketika dihubungi mStar Online.

Pelantikan Saifuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR diumumkan oleh Anwar hari ini. Sebelum ini Saifuddin merupakan Pengarah Strategik PKR.

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dan jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 31 Mei.

Kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti wujud berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin.

Fairus, 33, daripada PKR mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Ketika ditanya mengapa PKR mengumumkan calonnya awal berbanding masa-masa lalu, Saifuddin berkata, "pengumuman dibuat mengikut keperluan... adakalanya kita perlu mengumumkan lebih awal, ada waktunya kita perlu mengumumkan lewat."

"Tak timbul soal cepat atau lambat," katanya.

Dengan pengumuman esok, kata beliau, PKR akan ada masa kira-kira tiga minggu menjelang hari penamaan calon untuk membuat persiapan.

Ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini PKR merupakan parti terakhir membuat pengumuman mengenai calonnya.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemas kini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Pengumuman Calun N.12 Penanti




Pilihanraya N12 Penanti : KeADILan PP akan pastikan peratusan majority lebih tinggi kali ini

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 27 April (SK) : Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang Zahrain Mohamed Hashim akan mengadakan menyuarat dengan ahli jawatankuasa pilihanraya kecil N12 Penanti minggu depan bagi persiapan menghadapai pilihanraya pada 31
Mei ini.

“Ini termasuk program ceramah, perjumpaan dengan ahli Pakatan Rakyat iaitu Pas dan Dap untuk menyelaraskan program bersama,” jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Menutut Zahrain, pengundi Penanti masih setia dengan Pakatan Rakyat. “Pakatan Rakyat akan menentukan peratusan undi akan naik dengan lebih baik berbanding dengan keputan pilihanraya Umum ke-12 dahulu,” tegas Zahrain.

Walau bagaimanpun, Kita tidak akan merasa selesa dengan keputusan lepas, jadi Pakatan Rakyat akan berganding bahu dan berkerja keras bagi memastikan kemenangan yang lebih baik kali ini.

Selain isu politik, beliau juga telah meluluskan permintaan pemuda Penanti untuk mengadakan perlawanan bola sepak antara pemain Penanti dengan pemain pasukan Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan ini.

Pilihan raya kecil Penanti: Mesyuarat pertama PKR bincang calon Rabu

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN (mstar)

PETALING JAYA: Badan Perhubungan Parti Keadilan (PKR) Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat pertama mengenai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Rabu ini.

Menurut Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim beliau akan mempengerusikan mesyuarat tersebut bagi mendapatkan maklum balas awal mengenai calon daripada ketua-ketua bahagian di negeri tersebut.

"Sekarang ini saya masih di Kuala Lumpur, insya-Allah kita akan adakan mesyuarat pertama Rabu ini. Dalam mesyuarat itu nanti kita akan bincangkan mengenainya (calon-calon yang sesuai)," katanya kepada mStar Online hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan akhir mengenai calon yang layak mewakili parti itu akan diputuskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan PAS juga akan bertanding di kerusi tersebut, beliau yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dengan kaedah musyawarah.

"Selepas mesyuarat pertama PKR, kita akan adakan mesyuarat dengan barisan kepimpinan Pakatan (bersama-sama DAP dan PAS) untuk membincangkan mengenai isu calon mana yang akan mewakili Pakatan.

"Saya yakin pucuk pimpinan Pakatan akan dapat mencapai keputusan terbaik mengenai isu ini," katanya.

Jelas beliau, walaupun mengikut tradisinya kerusi tersebut milik PKR namun perbincangan bersama dapat menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.
Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Putrajaya pagi ini.

Hari mengundi Penanti 31 Mei

Apr 27, 09 9:48am
kemaskini 10.11am


Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.



Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.

Pondok panas, pancing undi hari pengundian dilarang - SPR

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB (Mstar)

PUTRAJAYA: Parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undi ketika hari pengundian.

Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan.

Keputusan itu diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.

PAS sedia 'korban' kerusi Penanti buat PKR

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN (Mstar)

PETALING JAYA: PAS akan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada pilihan raya kecil yang bakal diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali, parti itu menghormati hak Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan calon mereka untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

"Kita (PAS) tidak bercadang untuk bertanding di Penanti walaupun itu kubu kuat PAS. Kita hormati hak mereka (PKR).

"Setahu saya setakat ini PAS juga tidak ada perbicangan mengenainya (bertanding di Penanti),"katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DUN Penanti.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari PKR pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Fairus sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa mereka tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Mustafa berkata, PAS akan tetap memberi sokongan kepada PKR sebagai satu pasukan.

"Macam juga kawan, kita akan beri sokongan jika kawan kita bertanding. Ini mereka (PKR) dalam Pakatan sudah pasti kita sokong,"katanya.

Ditanya sama ada PAS yakin PKR mampu mempertahankan kerusi DUN Penanti, Mustafa berkata: "Sudah pasti, kami yakin PKR mampu menang. Jika dilihat kepada 'track record' pilihan raya sebelum ini kita menang dengan majoriti yang besar. Saya lihat kita tidak ada masalah yang besar kali ini."

Tambahnya, PAS akan menggerakkan jentera parti itu sebaik sahaja tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti diumumkan oleh SPR.

"Kekuatan jentera masih belum diputuskan tapi kita akan membantu PKR. Jika di DUN kekuatannya berbeza dengan kawasan Parlimen," katanya.

Sunday, April 26, 2009

Alasan SPR Tidak Masuk Akal

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memberi alasan yang tidak masuk akal apabila mengatakan masalah memilih pusat penamaan calon sebagai alasan belum mencapai keputusan sama ada Pilihan Raya Kecil N12 Penanti akan diadakan atau sebaliknya.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee, alasan logistik diberikan pegawai SPR sebagai punca SPR menangguhkan pengumuman keputusannya kepada Isnin hadapan.

“Kita telah menemui pegawai-pegawai SPR dua hari yang lepas (25 April) dan kami diberitahu SPR tidak dapat membuat pengumuman sehingga sekolah yang dipilih sebagai pusat penamaan calon memberi maklum-balas secara bertulis. Ini alasan mereka,” kata Tony Pua.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini selepas menghadiri forum kesamarataan jantina DAP.

Tony Pua adalah diantara delegasi DAP yang mengadakan mesyuarat dengan SPR berhubung DUN Penanti Khamis lalu.

Sebelum ini, Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof dilapor sebagai berkata SPR akan mengumumkan status kerusi DUN Penanti pada 24 April serta tarikh pilihan raya kecil sekiranya kerusi itu dipertandingkan.

Beliau juga turut mengesahkan ibu pejabat SPR di Putrajaya dan Pengarah Pilihan Raya SPR Pulau Pinang telah menerima notis pengosongan kerusi DUN Penanti daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 17 April lalu.

Namun kelewatan kali ini menguatkan persepsi bahawa badan pilihan raya itu masih teragak-agak untuk mengadakan pilihan raya.

Tony Pua menambah alasan logistik yang diberikan SPR itu mengesahkan anggapan rakyat bahawa SPR di bawah telunjuk pihak tertentu.

“Kita percaya alasan yang diberikan tidak munasabah kerana ini bukan kali pertama SPR mengadakan pilihanraya kecil. SPR pernah mengadakan pilihanraya kecil di kawasan Penanti iaitu semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Demikian itu SPR tidak ada alasan untuk menangguh-nangguhkan keputusan mereka melihat dari aspek pentadbiran,”

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang membidas kelewatan SPR mengumumkan status DUN Penanti.

Pemimpin veteran itu mempersoalkan apakah SPR menanti isyarat daripada barisan Nasional dan apakah parti itu berani bertanding di Penanti.

BN tewas dalam empat pilihan raya kecil pasca Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac tahun lalu.

Dalam P.R.U. lalu, calon PKR Mohammad Fairus Khairuddin menewaskan calon BN Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti sebanyak 2,219 undi. - TV Antara

YB Saifuddin Nasution Ketui Jentera Pilihanraya Di Penanti

YB Saifuddin Nasution Ismail akan mengetuai Jentera Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat di N12 Penati. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya yang baru menggantikan YB Azmin Ali.

Pengumuman tersebut telah dibuat sebentar tadi selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat.

Dengan perlantikkan tersebut maka pada Pilihanraya Kecil Penanti ini ianya akan diketuai oleh YB Saifuddin Nasution.

Beberapa rombakkan juga telah dibuat dalam Mesyuarat tersebut.

Pada petang ini juga diadakan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat bagi membincangkan isu-isu semasa.

Tidak Mustahil BN Rampas Semula P.Pinang, Kata Pak Lah

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak mustahil Barisan Nasional (BN) merampas semula pemerintahan kerajaan Pulau Pinang tetapi dengan syarat parti itu perlu mempunyai kerjasama mantap bukan sahaja daripada Umno, malah parti komponen lain.

Bekas Perdana Menteri berkata amat penting kesilapan dan kesalahan yang berlaku yang menyebabkan BN kalah di Pulau Pinang diambil perhatian serta diperbetulkan selain perpaduan BN diperkukuhkan dan diperbaiki.

"Bukan mustahil ambil balik Pulau Pinang. Yang perlu kerja bersungguh-sungguh dan cukup perlu ialah perpaduan muafakat bukan sahaja antara Umno tetapi anggota komponen BN di Pulau Pinang.

"Itu penting jika muafakat tak ada payah nak buat kerja, kerja yang disusun tak dapat dilaksana sebaiknya," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis sambutan 100 tahun Pertubuhan Pengakap Malaysia di sini hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Agung Kehormat Pengakap Malaysia berkata beliau menyambut baik pelantikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang menggantikan beliau.-- BERNAMA

Hadi cabar BN tanding di Penanti

Ahad April 26, 2009 (mstar)

BACHOK: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar BN supaya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sambil menyifatkan BN bersikap defensif kerana belum memutuskan sama ada untuk meletakkan calonnya atau tidak pada pilihan raya kecil itu.

Katanya, BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang.

Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.

Terdahulu beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 Pas kawasan Bachok, di sini semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Isnin ini.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada pihaknya akan bertanding di Penanti ataupun sebaliknya akan diputuskan oleh Biro Politik Umno kelak.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut Abdul Hadi berdolak dalik berhubung usaha mengadakan perbincangan dengan pemimpin Umno mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang sebenarnya mendapat tentangan daripada anggota parti itu sendiri.

Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan kerajaan perpaduan ialah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, kini perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan itu terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu adalah bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.

"Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib). Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru," katanya.

Sebelum ini, Hadi dalam temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah, mengumumkan beliau menarik balik cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik atas alasan ia tidak difahami orang ramai termasuk anggota PAS sendiri.

Hasrat Abdul Hadi berhubung cadangan itu juga dibantah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan cadangan itu bertentangan dengan keputusan Muktamar Agung PAS di Ipoh tahun lalu.

Nik Aziz berkata, sebarang keputusan mestilah berdasarkan keputusan yang diambil dalam muktamar agung parti dan keputusan lain hendaklah dibuat melalui satu mesyuarat khas yang dipersetuju oleh Pakatan Rakyat.

Saturday, April 25, 2009

Tembelang SPR dan SPRM di Penanti terbongkar ?

Tembelang 'komponen' ke-15 Barisan Nasional (BN), iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan komponen ke-16, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) makin terbongkar hari ini.

Teka-teki SPR menangguhkan keputusan berkaitan pilihanraya Penanti sehingga Isnin depan, yang sepatutnya Jumaat, hari ini makin terungkai. Alasan SPR sebelum ini bahawa penangguhan itu kerana masalah pentadbiran yang belum selesai.

Tiba-tiba bagai dirancang, sebaik SPRM memutuskan Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan didakwa kerana kurang asas, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Ahmad Wan Omar mengeluarkan kenyataan Fairus boleh menarik balik surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti.

Fairus katanya, perlu memikirkan semula hasrat meletakkan jawatan dan perlu bertanggungjawab kepada pengundinya di Penanti.

Menurut Wan Ahmad dalam News Straits Times, Jumaat, Fairus masih mempunyai masa sehingga Isnin depan sebelum membuat keputusan muktamad.

Kenyataan itu dilihat senada dengan Presiden Umno Najib Tun Razak yang tidak bersetuju Fairus meletakkan jawatannya.

Penangguhan pengumuman SPR itu, dilihat memberi ruang masa kepada 'agen BN', untuk memujuk Fairus mengubah pendirian asalnya.

Namun, sehingga kini usaha itu masih belum berhasil, apabila Fairus dalam kenyataan medianya kekal dengan keputusan asal.

Sementara peranan SPRM ialah 'membersihkan' Fairus daripada tuduhan rasuah secepat mungkin, bagi memenuhi sebab perletakan jawatannya.

Dalam alasannya sebelum ini, Fairus memberitahu dia akan melanjutkan pelajaran di samping mahu membersihkan tuduhan rasuah ke atasnya. BN berharap, dengan keputusan SPRM itu, Fairus akan mengubah pendiriannya.

Strategi ini hampir mengena, apabila Fairus dalam akhbar yang sama mengeluarkan kenyataan berharap pimpinan tertinggi parti memikirkan kedudukannya semula sebagai ADUN Penanti.

"Saya yakin pimpinan parti akan mendengar apa yang akan disuarakan rakyat Penanti," katanya yang yakin dia mendapat sokongan pengundi untuk kembali.

Dia juga mengakui dipaksa meletakkan jawatan, antara lain kerana tekanan akibat pertuduhan rasuah.

Namun, kita percaya sekiranya Fairus masih Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, keputusan SPRM pasti berbeza daripada hari ini.

Seperti kata Mohd Sayuti Omar, contohnya dalam kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim , SPRM begitu ghairah menjelaskan ada bukti kukuh Khalid melakukan penyelewengan bertujuan mendamagekan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam kes Fairus ini SPRM bersikap adil, beretika dan penuh profesional pula menjelaskan bahawa Fairus bebas dari rasuah. Lebih-lebih lagi selepas SPRM bertungkus lumus memburu Fairus sehingga jauh di Johor.

Oleh itu, kita percaya dalam tempoh tidak sampai 72 jam ini, 'agen BN' tidak akan berputus asa untuk menggagalkan usaha PKR.

Tidak mustahil, jika segala usaha memujuk Fairus gagal, BN akan menggunakan kaedah C4, asalkan Najib tidak akan dimalukan untuk kali ke-5 berturut-turut.

Kali ini di lubuk reformasi-Penanti.

Friday, April 24, 2009

Kenyataan Media Mohammad Fairus Khairuddin

KENYATAAN MEDIA

YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN

24 APRIL 2009

Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.

Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”

Salam Perjuangan.

Yang Benar,

MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.

NO K/P: 760702-07-5413

Fairus: Muktamad lepaskan ADUN Penanti

Apr 24, 09 3:27pm

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata beliau tetap dengan keputusannya meletak jawatan sebagai ADUN Penanti.

"Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan PKR di bawah teraju Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

lim guan eng koh tsu koon penang land scandal issue 220409 fairus khairuddinDalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan petang ini, Fairus turut melahirkan kesyukuran kepada Allah "yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenarannya".

"Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan.

"Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan PKR, tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya," tegasnya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya dalam siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Peguam ambil tindakan

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat Februari lalu dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Fairus sebagai timbalan ketua menteri I dan ADUN Penanti.

Sementara itu, Fairus berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, ahli politik serta media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadapnya.

"Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan.

"Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.” tambahnya.

Fairus tak boleh tarik balik surat letak jawatan ADUN - Speaker

 

PETALING JAYA: Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin menyerahkan kepada pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung soal sama ada perlu kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti ataupun sebaliknya.

"Saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan (sama ada tarik balik surat ataupun sebaliknya)," kata Fairus yang ditanya sama ada beliau bersedia untuk menarik balik keputusannya untuk melepaskan kedudukan sebagai ADUN Penanti.

Ketika ditanya sama ada reaksi itu bermakna beliau bersedia untuk kembali kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan, Fairus mengulangi bahawa "saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan."

Dan, apabila ditanya sama ada masih ada ruang untuk kembali menarik balik keputusannya melepaskan jawatan ADUN, Fairus sekali lagi menekankan beliau menyerahkan kepada PKR untuk menentukan.

Malah beliau juga berkata bahawa bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PKR berhubung perkara tersebut dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila pertemuan itu akan diadakan.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin hari ini berkata, Fairus tidak boleh menarik semula surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti.

Ini kerana surat letak jawatan Fairus yang dihantar kepada beliau turut disertakan dengan surat akuan bersumpah yang menyatakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu ingin meletak jawatan sebagai ADUN Penanti kerana mahu menyambung pelajaran.

"Daripada segi perundangan, beliau tidak boleh menarik semula peletakan jawatannya sebagai ADUN kerana surat peletakan itu disertai dengan pengakuan bersumpah.

"Bila sudah buat perakuan bersumpah, ia memang sudah jelas (meletak jawatan).

"Kita juga sudah menghantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memaklumkan kekosongan kerusi DUN itu.

"Jadi tidak timbul soal untuk menarik semula surat peletakan jawatan itu," katanya.

Perkembangan itu dilihat kemungkinan berlaku ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

SPR bakal mengadakan pilihan raya kecil berikutan Fairus, 33, meletakkan jawatan pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

SPR sepatutnya mengumumkan tarikh pilihan raya hari ini tetapi ditunda sehingag Isnin ini.

Pilihan raya kecil DUN Penanti sudah pasti?

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kosong minggu lalu sudah diputuskan untuk diadakan? Pakatan Rakyat memaklumkan bahawa maklumat yang diterima menunjukkan pilihan raya kecil sudah diputuskan untuk diadakan.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengumumkan Isnin ini.

Salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, R. Sivarasa berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan yang pilihan raya kecil di DUN berkenaan akan diadakan.

"Beliau berkata pilihan raya Penanti memang akan diadakan, tapi tak dinyatakanlah bila tarikhnya... SPR akan umumkan pada Isnin ini," kata beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ditemui selepas SPR mengadakan pertemuan dengan parti-parti politik mengenai pendekatan baru mengendalikan pilihan raya secara tenang dan terurus di sini semalam.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa penundaan pengumuman mengenai pilihan raya kecil DUN Penanti, yang sepatutnya diadakan hari ini, adalah kerana urusan pentadbiran.

SPR telah mengadakan mesyuarat berkaitan kelmarin.

Abdul Aziz berkata, sehingga ini SPR belum menerima kenyataan bertulis daripada pemilik-pemilik bangunan yang akan digunakan termasuk bagi penamaan calon dan pengiraan undi, juga kenyataan bertulis mengenai persetujuan pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus pilihan raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.

"Bila urusan pentadbiran belum selesai bagaimana kita nak umumkan?" katanya.

Abdul Aziz menolak tanggapan kononnya terdapat "pengaruh luar" yang menyebabkan penundaan tersebut.

"Ini tidak ada kena-mengena dengan pengaruh politik, ini isu dalaman kami sendiri. Kami sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya dan sebaik sahaja kami dapat pengesahan mengenai perkaraperkara ini maka kami akan umumkan," katanya.

Penundaan pengumuman tarikh pilihan raya itu menimbulkan spekulasi beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik oleh akhbar parti itu, Harakah, sebagai berkata SPR kini sudah tidak bebas dan ada orang belakang yang menentukan hala tujunya.

Pilihan raya itu bakal diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari Parti Keadilan Rakyat pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I sebelum itu berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Abdul Aziz hari ini turut mempengerusikan mesyuarat bersama wakil parti-parti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengenai penguatkuasaan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk bagi melarang sebarang bentuk kempen pada hari mengundi.

Bagaimanapun, katanya, larangan bagi mengelak sebarang masalah daripada segi keselamatan awam dan pengundi itu belum dapat dilaksanakan kerana kata sepakat masih belum dapat dicapai.

"Ini merupakan perjumpaan pertama dan kita akan terus berbincang. SPR perlu melihat perkara ini secara mendalam supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah apabila dilaksanakan nanti," katanya.

Mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya SPR mengikut nada BN dalam mencadangkan agar pindaan terhadap akta bagi menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah, Abdul Aziz berkata, ia hanya pandangan SPR sebagai badan yang melaksanakan pilihan raya di negara ini bukan kerana dipengaruhi manamana pihak.

Beliau berkata, walaupun ia merupakan hak individu untuk meletakkan jawatan sebagai anggota DUN, namun untuk mengadakan suatu pilihan raya bukan mudah dan melibatkan banyak kerja, lebihlebih lagi apabila ia berlaku secara berterusan.

"Kita perlu lihat masa yang sesuai, sama ada ada program-program lain atau musim-musim tertentu seperti musim tengkujuh, kena tentukan tempat-tempat pengundian, pengurus-pengurus pilihan raya, tentukan daftar pemilih, kursus latihan kepada kakitangan dan belanjawan.

"Perbelanjaan juga semakin meningkat apabila semakin banyak pilihan raya diadakan, jadi kita harap perkara-perkara sebegini dapat dikurangkan," katanya.

Thursday, April 23, 2009

Isu rasuah: SPRM telah bersihkan nama saya, kata Fairuz

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari Keadilan Rakyat itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang semalam.

"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai.

"Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Fairus berkata, beliau memerlukan beberapa hari sebelum bersedia untuk menemui media.

"Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan... sehari dua ini, OK (untuk ditemui)," katanya lagi.

Difahamkan, SPRM tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa beliau berhubung soal rasuah yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.

Sumber-sumber memberitahu individu yang didakwa membuat pembayaran kepada Fairus juga menafikan berbuat demikian.

Kata sumber itu lagi, individu berkenaan juga telah bebas daripada sebarang salah laku.

Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatan ADUN Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascaijazah.

Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.

Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya.

"Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus.

Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

TERIMA LAPORAN

Dalam pada itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri menerima laporan siasatan berhubung tiga kuari di daerah Seberang Perai Tengah yang didakwa terlibat dalam isu di bawah deklarasi royalti sehingga mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri, semalam.

Lim menerima laporan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Law Choo Kiang yang mengetuai siasatan itu.

Kata beliau, kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Tanah negeri sebelum mengumumkan laporan tidak lama lagi.

"Kita akan lihat cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya.

Pada 31 Mac lepas, kerajaan negeri membekukan semua bentuk operasi tiga buah syarikat kuari bertujuan membantu siasatan mengenai isu di bawah deklarasi royalti, yang mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan.

Lim dilaporkan berkata, siasatan itu melibatkan kadar royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 satu meter padu meter.

Tiga syarikat kuari itu ialah Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd.

Sementara itu, Law berkata, selain kerajaan negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Pulau Pinang turut menyiasat kes itu.

"Jawatankuasa yang saya ketuai bertujuan menentukan adakah kekurangan pengiraan dan pembayaran royalti bahan batuan daripada tiga syarikat kuari itu," katanya. BERNAMA

Muhyiddin: BN tak takut sesiapa tanding pilihan raya kecil

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak pernah takut kepada sesiapa dalam menghadapi pilihan raya kecil, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita tak pernah takut kepada sesiapa... soalan pilihan raya ini biasa kita lalui... menang kalah itu adat dalam pertandingan. Kita akan hadapi apa pun sepanjang masa," katanya.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Pelajaran melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail bahawa BN enggan meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti kerana BN adalah "underdog".

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, soal sama ada ia akan bertanding atau tidak belum diputuskan lagi.

Mengenai pilihan raya kecil Penanti, Muhyiddin berkata, soal BN kemungkinan tidak meletakkan calon di Penanti adalah pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan respons daripada beberapa pihak.

"Kita belum membuat keputusan... esok kita ada mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dan kita akan bincanglah.

"Lepas ini pimpinan BN yang akan beri (maklum balas) kepada Perdana Menteri," katanya.

Berhubung perubahan dalam kepimpinan MT Umno, Timbalan Presiden itu memberitahu, perubahan pasti akan dilakukan selepas setiap kali perhimpunan agung dan pemilihan parti.

Katanya, perkara itu akan diumumkan esok oleh Najib dalam mesyuarat MT.

"Apa yang penting adalah untuk kita melihat untuk memperkukuhkn parti dan perubahan yang dibuat semuanya adalah untuk memperbaiki, meningkatkan prestasi parti kita," katanya.

SPR kuat kuasa had penyokong, larang berkempen di Penanti

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menguatkuasakan pendekatan baru mengehadkan penyokong pada penamaan calon dan larangan berkempen semasa hari mengundi ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti Isnin ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, "penyokong yang ramai dan masih ada yang berkempen pada hari mengundi kadang-kadang boleh cetuskan pergaduhan antara parti-parti yang bertanding."

Beliau memberitahu, amalan kehadiran penyokong yang ramai untuk berkempen pada hari pengundian dan ketika pengumuman boleh cetuskan perkara buruk dan menyukarkan petugas.

Oleh itu, katanya, SPR ingin mengelakkan kehadiran jumlah penyokong yang ramai sebagai budaya baru semasa pilihan raya.

"Sekarang kehadiran ramai penyokong sudah jadi budaya hingga mengganggau perjalanan pilihan raya... jadi kita hendak membetulkan budaya ini," kata beliau sebelum mesyuarat dengan komponen Barisan Nasional (BN) di Ibi Pejabat SPR pagi ini.

Mesyuarat seumpama itu turut diadakan dengan parti-parti Pakatan Rakyat - PKR, PAS dan DAP mulai 2.30 petang ini.

Jelas beliau, mesyuarat hari ini juga bertujuan untuk berbincang dengan parti-parti politik mengenai jumlah kehadiran penyokong.

Bagaimanapun katanya, SPR akan mendapatkan nasihat polis untuk menentukan jumlah penyokong bagi sesuatu kawasan.

"SPR akan mendapatkan nasihat polis kerana kita tidak boleh nak tentukan secara tetap.

"Faktor kawasan akan diambil kira dalam menentukan jumlah... kalau kawasan kecil, sikitlah jumlah yang boleh datang, tapi jika kawasan besar, mungkin boleh ramai," katanya.

Wednesday, April 22, 2009

Kedudukan Kerusi DUN Penanti Diumum Isnin 27 April 2009

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.

"SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.

"Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari Parti Keadilan Rakyat, telah meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti yang turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I sebelum itu berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Sebelum ini, Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dilaporkan sebagai berkata, langkah itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliaumelanjutkan pelajaran. - BERNAMA

Siapa Calun Penanti

Siapakah yang akan di calunkan sebagai ADUN Penanti?

Berapa Ramai pulak calun Bebas yang akan bertanding.?

Bekas calon PKR Penanti akan bertanding semula

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (PKR) Penanti Abdul Rahman Kadir menyatakan hasratnya untuk bertanding semula di kerusi berkenaan sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), memutuskan ada pilihan raya kecil di DUN berkenaan.

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman beliau akan menjadi calon sekiranya BN meletakkan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai calon mereka.

Beliau tidak menyatakan parti yang akan diwakilinya.

SPR yang bermesyuarat hari ini hanya akan mengumumkan keputusan tersebut pada hari Jumaat depan. Hari yang sama di mana pimpinan BN akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada parti itu akan meletakkan calonnya jika berlaku pilihanraya kecil.

Abdul Rahman menjadi Ketua Pembangkang Pulau Pinang sejak tahun 1999-2004, mewakili PKR.

Menurut Abdul Rahman, yang merupakan ahli seumur hidup PKR dan juga bekas Pengerusi Tetap Umno Permatang Pauh, penyertaannya sebagai simbolik penentangan berterusannya kepada Dr Mahathir yang dikatakan perosak bangsa dan negara.

Dalam pada kata Abdul Rahman, beliau tidak yakin SPR akan mengadakan pilihanraya kecil Penanti.'Mereka ini boleh pusing 360 darjah," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Penanti: Bekas Ketua Wanita PKR tanding calon Bebas

Oleh G. MANIMARAN (mstar online)

PETALING JAYA: Jika pun Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon di Penanti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemungkinan tidak akan menang tanpa cabaran.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, antara pemimpin peringkat awal parti itu ditubuhkan, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika pilihan raya kecil diadakan.

Beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas.

"Sama ada Barisan Nasional bertanding ataupun tidak, saya akan bertanding di DUN Penanti," kata beliau yang juga bekas Exco Wanita pusat PKR ketika dihubungi mStar Online hari ini.
"Saya terpanggil untuk bertanding... saya sudah membuat keputusan untuk bertanding," kata beliau yang telah keluar PKR pada 15 Julai 2007.

Beliau menyertai PKR pada 1998 ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).
Aminah juga merupakan bekas Ketua Wanita Bukit Bendera sehingga 2007, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang selama tiga tahun sejak 2004 dan Exco Wanita Pusat mulai 2005.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat esok bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti yang kosong ekoran penyandangnya meletakkan jawatan Khamis lalu.

Penanti yang dilihat sebagai kerusi kuat PKR merupakan salah satu bahagian DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diterajui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umno, parti komponen BN, akan bermesyuarat Jumaat ini sama ada mahu meletakkan calon ataupun sebaliknya.

Sambil menjelaskan sudah pun membuat persiapan untuk bertanding di Penanti, Aminah berkata, beliau memutuskan bertanding atas prinsip mahu menegakkan keadilan dan kebenaran.

"Bagi saya menang atau kalah tidak kisah... memanglah kita bertanding untuk mencapai kemenangan, tapi tujuan saya mengambil keputusan untuk bertanding ialah kerana mahu menegakkan keadilan dan kebenaran," kata Aminah, sambil menambah, beliau bertanding bukan untuk membalas dendam terhadap kepimpinan PKR.

"Sebagai parti PKR adalah baik, tapi orang dalam parti itu bermasalah," katanya.
Aminah, 56, yang menjalankan perniagaan ukiran dan perabot bersama suaminya berkata, "dalam Keadilan (PKR), kini sudah tidak ada ketelusan."

"Bagi saya, dulu waktu Keadilan ditubuhkan kita berjuang untuk rakyat... tapi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah keluar (dari penjara tahun 2004), ramai orang mula merebut jawatan. Saya merasakan perjuangan PKR sudah tiada hala tuju," kata ibu kepada empat orang anak ini.

Penanti, BN tetap akan tanding jangan terperdaya!

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Apr 22, 09 2:17:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 April (Hrkh) - Ucapan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Penanti (PRK) lahir dari suara hati Najib sendiri.

"Sememangnya ada desakan untuk BN tidak bertanding di Penanti kerana bukan faktor pembaziran tetapi faktor takut kalah. Jika BN kalah maka keadaan BN dan Umno akan lebih parah. Malah imej Najib akan lebih teruk," kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin kepada Harakahdaily.

Katanya, Najib berada di kedudukan "ditelan mati bapak luah mati emak" kerana, jika bertanding imejnya akan ditembak tetapi jika tidak bertanding Najib akan dilabel sebagai PM paling penakut.

Namun hakikatnya desakan untuk BN tidak menurunkan calon tidak sehebat atau sekuat untuk bertanding, katanya.

"Ramai yang mahukan pertandingan. Pihak yang paling kuat desak untuk mesti turun calon ialah pihak yang mendapat habuan setiap kali pilihan raya.

"'Runner' penghantar bekalan pastinya mahukan BN menurunkan calon agar mereka boleh terus mencukai bekalan yang dihantar," katanya.

Pihak kedua yang kuat mendesak ialah saki baki penyokong Tun Abdullah Ahmad Badawi; kelompok anti Najib dan pro Tan Sri Muhyiddin Yassin, dakwanya.

Ujar Badrul Hisham, desakan ini dibuat kerana untuk menamatkan lebih cepat riwayat Najib.
Penyokong Abdullah tentu seronok melihat Najib dimalukan, maka dapat dibuktikan kekalahan BN sebelum ini bukan faktor Abdullah semata-mata, katanya.

"Kumpulan pro Muhyiddin tentu menilai jika faktor usia sudah tentu Muhyiddin tidak sempat duduk kerusi PM kerana Najib lebih sihat dari Muhyiddin yang kelihatan begitu sembab," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat perlu jangan leka dan bersedia.

"Jentera Pakatan Rakyat perlu bersedia sepenuhnya dan jangan terhanyut dengan kata-kata ketakutan Najib kerana ikutkan Najib memang tidak mahu letak calon tetapi Najib tidak mampu mencengkam BN untuk mengikut katanya," katanya. - mks._

Umno kumpul pandangan pengundi Penanti

Apr 22, 09 12:07pm
(malaysiakini)


Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di situ ekoran peletakan jawatan penyandangnya,Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.
Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.
"Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Permatang Pauh malam tadi, lapor Bernama.
Minggu lalu, Mohammad Fairus melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran. Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai timbalan ketua menteri I Pulau Pinang ekoran dakwaan terlibat dalam rasuah.
Selama ini, kata Abdul Jalil, PKR telah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Penanti. Apa yang jelas, katanya, ialah jelas PKR telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan calon yang yang tidak berkualiti dalam pilihanraya umum lalu.
"Walaupun telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I, Muhammad Fairus tidak memberikan sumbangan kepada kawasan itu," katanya. Abdul Jalil berkata adalah tidak wajar bagi PKR untuk meminta pengundi di Penanti memberikan peluang kedua kepada parti itu.
"Wang yang digunakan untuk mengendalikan pilihanraya adalah wang rakyat dan pembayar cukai. Gunakan wang itu untuk membantu rakyat bukan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Pilihanraya kecil N12 Penanti: SPR mesyuarat hari ini

Anna Yusof

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N12 Penanti.

“Kita bertemu pagi ini berhubung pilihanraya kecil Penanti tapi sidang media mengumumkan keputusan mesyuarat hanya diadakan Jumaat,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi.

Kerusi Penanti kosong ekoran keputusan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang melepaskan kedudukannya.

PRK Penanti : Anwar Ibrahim dan 2 M

Oleh Kickdefella


Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir

Penanti dan penantiannya bermula dengan bosan sehinggalah munculnya Tun Dr. Mahahtir Mohamed

Kesediaan Tun Dr. Mahathir untuk mengetuai jentera Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya kecil Penanti jika ia diadakan merupakan satu harapan baru kepada Malaysia di dalam menghadapi arus perubahan yang baru.

Barisan Nasional seharusnya bertindak cepat dengan memberi endorsement kepada Tun Dr. Mahathir untuk diberi kuasa sebagai penasihat kepada Pengarah Jentera Pilihanraya BN yang besar kemungkinan akan terus diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ataupun, Muhyiddin yang banyak berjasa dalam mengembalikan Mahathir kepada UMNO berundur selangkah dan memberi laluan kepada negarawan itu untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Penanti.

Tawaran yang dibuat oleh Tun terjadi memberi harapan baru kepada sebahagian rakyat Malaysia yang sudah merasa jemu dan bosan dengan sikap Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan belum berhenti menyalahguna platfom pilihanraya untuk kepentingan peribadi.

Jika berlakunya pilihanraya kecil DUN Penanti, ini merupakan kali ke tiga rakyat terpaksa berhadapan dengan pilihanraya kecil akibat wakil rakyat dari PKR meletak jawatan diatas arahan Ketua Umum PKR itu.

Ternyata Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat membuat Tun Dr. Mahathir percaya bahawa pilihanraya kecil ini berlaku diatas keputusan peribadi wakil rakyat tersebut secara seratus peratus. Sedangkan Elizabeth Wong yang mempunyai cukup alasan untuk kosongkan semua jawatannya yang memerlukan moral yang tinggi pun tidak berbuat demikian bila ditawarkan untuk kekal, apa lagi Wan Azizah, Arumugam dan Fairus.

Mahathir tentu yakin bahawa Fairus dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti kerana Anwar sudah hilang punca dengan kemelut PKR Pulau Pinang. Kegagalan Anwar memilih satu dari dua ADUNnya untuk mengantikan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 membuktikan segala-galanya.

Fairus ditekan supaya meletakkan jawatan ADUNnya agar Anwar dapat mengimport orang kepercayaannya ke dalam DUN Pulau Pinang dan seterusnya jika menang tentu sekali diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ini jelas menunjukkan ketandusan pemimpin dalam PKR. Yang ada hanyalah penumpang tidur yang menunggang PKR hanya untuk melayan mimpi mereka.

Tentu sekali juga Mahathir mengharapkan Anwar menafikan semua ini. Tentu sekali Mahathir akan mendesak Anwar melantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang segera jika Anwar menafikan dia sedang berusaha mengimport calon untuk jawatan itu.

Tentu sekali ini akan menjadikan pilihanraya DUN Penanti menarik. Tentu sekali ini juga bererti Najib Razak telah terjerat oleh pakatan Muhyiddin-Mahathir yang termeterai di bulan Ramadan 1429 Hijrah yang lalu.

Tentu sekali ini bukan kali pertama Najib Razak terjerat di dalam pakatan ini. Kali pertama Najib terjerat ialah apabila Muhyiddin mengumumkan akan bahawa Mahathir bersedia masuk semula UMNO dalam bulan Ramadan 1429 Hijrah dalam satu pukulan yang bukan sahaja menjerat Najib tetapi menamatkan peluang Tengku Razaleigh untuk kembali sebelum sempat apa-apa berlaku.

Sebagai seorang pemimpin yang berusaha membawa perubahan segera dalam sistem pemerintahan negara dan juga dalam cara rakyat memandang Parti pimpinannya, Najib telah membuat kenyataan mencadangkan BN tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Tindakan Najib senang difahami oleh majoriti senyap dan rakyat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bercanggah ideologi politik.

Tindakan Najib telah memulih kembali keyakinan golongan ini terhadap keikhlasan Najib setelah senarai kebinetnya gagal membawa perubahan kepada UMNO, BN dan pentadbiran negara. Tindakan Najib berkata sebegitu dianggap berani menentang arus. Ia adalah hembusan nafas segar.

Najib tentu tidak menyangka Tun akan menyanggahnya secara terbuka walaupun Najib tahu Tun memang berkemampuan berbuat begitu. Tapi Najib tentu terkejut bila dia mula menghidu suatu pakatan sulit Muhyiddin-Mahathir atau pakatan 2M. Siapa sekarang pilihan Tun sebenar-benarnya? Apakah benar Najib atau Muhyiddin menerusi Najib?

Mungkin sudah tiba masanya Najib berbicara dengan Ali Rustam dan berdua mereka melihat kembali kronologi yang telah memerangkap Ali sehingga terlucut haknya menentang Muhyiddin.

Tentu sekali DUN Penanti semakin menarik sekarang.

Dengan pendedahan ini, tentu ramai yang mahu melihat apa sebenarnya yang akan berlaku di dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Persoalannya sekarang, adakah Anwar Ibrahim mahukan Pilihanraya Kecil di DUN Penanti untuk mengimport Timbalan Ketua Menteri 1 untuk Pulau Pinang atau ada muslihat Nasional di sebaliknya. Muslihat yang bertujuan mendedahkan kepada Najib dan mengekploitasi situasi sebenar di sebalik liku-liku koridor kuasa di Putrajaya.

Dan jangan kita lupa, Penanti di dalam Negeri Pulau Pinang. Usah terlupa juga Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang masih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Paling usah kita lupa ialah bukan Anwar yang menumbangkan Abdullah dari puncak UMNO tetapi Abdullah tumbang kerana pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir pada Ramadan 1429 Hijrah.

Pengaruh Abdullah mungkin telah luput sama sekali tetapi Abdullah memiliki 2 kerusi di Parlimen. Manakala Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang digugurkan memiliki satu kerusi Parlimen setiap seorang.

Apakah gajah sama gajah berperang, Najib akan mati ditengah-tengah, hanya dengan adanya Pilihanraya Kecil di DUN Penanti sahaja kita dapat mengetahuinya.

Apa yang pasti, ianya berlaku terlalu pantas buat Najib. Dalam minggu pertama sahaja kepimpinannya telah tewas di dalam 2 pilihanraya kecil. Apakah Penanti akan menjadi nesan ke tiga dalam tempoh 100 hari buat Najib.

Sewaktu BN berhadapan dengan tsunami dalam PRU 12 pada 8 Mac lalu, semua jari pemimpin dalam BN menunding ke arah Abdullah. Sewaktu BN tewas di Pilhanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, semua jari menunding juga kepada Abdullah.

Sekarang, pasca Abdullah, kepimpinan UMNO telah berubah, tetapi nasib UMNO dan BN di Semenanjung terus tidak berubah. Jika BN bertanding dan tewas di Penanti, tentu sekali tidak lama selepas itu Muhyiddin-Mahathir akan tiba-tiba terasa bahawa nasib malang BN bukan sangat kerana Abdullah tapi bila dilihat balik baru BN terngadah.

Nasib malang BN sebenarnya kerana Najib.

Untuk itu kita harus menyanjung Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya Anwar lebih bijak memahami masalah BN itu daripada Mahathir. Benarkah Anwar lebih bijak dari Mahathir?

Kerana itu, dalam pertembungan antara Anwar dengan Muhyiddin-Mahathir, hanya akan menyaksikan satu lagi batu nesan terpaksa digendung Najib.

Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir.

Tuesday, April 21, 2009

PRK N12 DUN Penanti - Analisis

PRK N12 DUN Penanti - Analisis



DUN N12 Penanti terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Dari segi struktur masyarakatnya pula, Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:





Melayu...73%
Cina.....24.2%
India.....2.4%



1999



Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita akan dapat tidak sukar untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.


PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.

Lagi pilihanraya kecil kali ini, UMNO sepastinya memainkan kontrovesi yang melanda bekas Adun Penanti itu hingga memaksa beliau meletak jawatan. Namun Fairus sendiri di dalam wawancara bersama akhbar Nanyang Siang Pau telah pun menjawabnya terlebih dahulu sebelum ia sempat menjadi modal besar UMNO di Penanti.

Mengenai dakwaan keterlibatan beliau di dalam aktiviti kuari haram yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fairus mendakwa beliau tidak terlibat dan semua yang berlaku hanyalah fitnah dan sebahagian dari usaha untuk menjatuhkannya.

“Saya telah melakukan kerja-kerja untuk dewan undangan negeri Penanti sebaik mungkin dan telah mendapat sokongan dari para pengundi saya. Semua yang di luar tidak tahu dan tidak mengerti kerana kerja dan perkhidmatan yang saya lakukan selama ini tidak dilaporkan oleh akhbar-akhbar,” kata Fairus.

Pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi pilihanraya kecil Penanti, berkemungkinan dengan majoriti yang lebih tinggi berdasarkan senario semasa yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat.

info...muslimeen united