Thursday, April 30, 2009

Respon AMK kepada SPR

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
29 April 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya.

Terdahulu SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru: menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding, menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini. AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon.

Harus diingat bahawa seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak. Malah terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang 'jelas kelihatan' menyokong BN.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.

AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja.

Justeru, AMK menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad ini yang hanya merendahkan profesionalisme dan imej penjawat awam yang sepatutnya bersikap neutral dalam menjalankan amanah. Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan

4 comments:

  1. salam admin.masukkan meter visitor.baru karan

    ReplyDelete
  2. Bro, masukkan real-time reporting. Gunakan coveritlive.com. Bila ada isu aje masukkan info. lagi satu, masukkanlaa detail hotel-hotel, apartment kat Penanti, siap dengan nombor telefon. Gerenti orang mesti appreciate punya!

    ReplyDelete
  3. salam bro,
    ketika PRU mungkin tak agresif sangat tapi setiap kali PRK saya lihat puluhan anak muda bermotor berarak di jalan raya. malahan ketika hari mengundi semakin sakan anak-anak muda ni tunjuk lagak. born to ride - bebass..dan perasan ke khemah mana mereka berteduh, minum dan makan serta mengumpul bendera?

    bro tak payah lah berdaalih...

    tenyeh lah mata, tengok apa yang selalu jadi di depan mata sebelum terkinja-kinja nak jenguk ke seberang jalan

    ReplyDelete
  4. SPR ni barua BN je, Sebenarnya BN semakin takut melihat sokongan jelas rakyat terhadap PR, penyokong yang datang untuk PR semakin bertambah walaupun membelanjakan wang sendiri, sedangkan BN semakin tidak diterima rakyat walaupun Bas, Wang, Makanan, Minuman, Payung, Cap, Bendera, T-Shit BN (baca betul2) bla2 disediakan percuma.

    SPR yang bahalol ni yang orang suruh buat tak buat contohnya tanda kekal di jari, yang orang tak suruh buat dia dok sibuk, cakap pun tarak gunalah!!!

    ReplyDelete