Sunday, May 3, 2009

PAS Janji Sokong Calon KeADILan : Anwar-malaysiakini

Anna Yusof
BUKIT MERTAJAM, 3 Mei (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menyatakan bahawa parti mana yang patut mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti merupakan masalah kecil yang bolehdiselesaikan.

“Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Penasihat Dap, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan PKR, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti,” katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.

Anwar berkata adalah sesuatu yang baik apabila pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Pakatan Rakyat untuk membuat cadangan bagi mewakili pimpinan parti masing-masing.

“Dap dan Pas mempunyai hak untuk bertanya kepimpinan Pakatan Rakyat agar mempertimbangkan cadangan-cadangan mereka bagi memilih calon.

“Dalam perkara ini, pucuk pimpinan Pas bersetuju bagi membenarkan KeADILan untuk membuat keputusan itu.

Tambah Anwar, beliau telah menemui Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, isu ini sebenarnya diperbesarkan oleh media dan adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan Pas tidak akan memberikan sokongan atau membekukan jenteranya pada pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mengulas mengenai ketiadaan wakil Pas semasa beliau mengumumkan Mansor sebagai calon Selasa lalu, Anwar memaklumkan pada ketika itu Salleh berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menyambut ketibaan keluarganya dari Mekah.

No comments:

Post a Comment