Monday, May 18, 2009

Empat borang calon Penanti dibeli daripada SPR

Mstar

PULAU PINANG: Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang telah menjual empat borang pencalonan untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti setakat ini, kata pengarahnya Morat Pora.

Beliau berkata sejak SPR mengumumkan kekosongan kerusi itu berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin dariapda Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini, empat individu telah datang ke pejabat SPR di Komtar untuk membeli borang berharga RM20 itu.

"Kita tidak tahu borang itu untuk siapa kerana ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya seorang daripada individu yang membeli borang itu ialah Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

PKR telah mengumumkan bahawa calonnya ialah Dr Mansor Othman manakala Barisan Nasional belum menyatakan sama ada akan bertanding atau tidak.

Sabtu ini adalah hari penamaan calon manakala pengundian ialah pada 31 Mei. BERNAMA

No comments:

Post a Comment