Friday, May 29, 2009

Jangan cuba sabotaj usaha kempen Pakatan Rakyat di Penanti: Saifuddin

Anna Yusof

BUKIT MERTAJAM, 29 Mei (SK) : Memandangkan hanya calon bebas yang melawan KeADILan dalam Pilihanraya Kecil Dun N.12 Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi.

“Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihanraya kecil ini adalah amat penting dan bermakna,” kata Pengarah Pilihanraya Pusat Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan beliau hari ini.

“Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008,” jelas beliau.

Beliau juga ingin mengingatkan bahawa pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Pakatan Rakyat.

“Samada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian,” jelas Saifuddin lagi.

No comments:

Post a Comment