Mstar
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan bagi menentukan sama ada parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada BN perlu bertanding atau tidak bukan keputusan Umno semata-mata tetapi semua parti-parti komponen.
"Saya tak fikir ini (Penanti) isu Umno sahaja sebab bila kita bertanding... kita bertanding atas tiket Barisan Nasional.
"Kita tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pertemuan itu akan diadakan pada 18 Mei ini.
Kerusi DUN Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.
PKR telah mengumumkan calonnya, Mansor Othman bagi bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
kpd calon PKR dr. mansor osman...saya ucapkan selamat bertanding....dan berkempenlah bersungguh-sungguh.
ReplyDeletesaya ada beberapa permintaan utk dr. mansor osman.
sekiranya anda menang dlm pilihanraya nie...saya harap...disamping anda menjauhkan diri drpd melakukan kerja2 jahat & rasuah...saya harap anda mengotakan janji2 anda semasa kempen pilihanraya...berpindah ke kawasan penanti supaya mudah menjalankan khidmat bakti utk rakyat penanti...ingat...anda adalah "kuli" rakyat penanti...dan bukannya boss....tunaikan tanggungjawab sbg ADUN penanti...berkhidmatlah dgn sebaik mungkin.
kalau rumah anda nnt berdekatan dgn masjid ataupun surau...saya harap anda dptlah menunaikan amanah sebagai seorg hamba Allah SWT dgn bersolat jemaah bersama-sama penduduk lain di rumah2 Allah...paling penting adalah SOLAT SUBUH BERJEMAAH...waktu2 lain sudah pasti anda akan berjemaah di pulau memandangkan office anda kat komtar.
pagi sabtu ataupun ahad...luangkanlah masa bersama-sama penduduk2 penanti lain menuntut ilmu agama di madrasah an-nahdhoh ust mutallib ataupun madrasah ust bakaq...dua2 madrasah berada dekat tgh2 pekan penanti...bukan lama mana pun majlis ilmu tue....bawaklah skali isteri dan anak2 ke majlis ilmu tue.
jadilah seorg ADUN & timb ketua menteri yg bertaqwa kpd Allah SWT.
dan....sekiranya anda kalah dlm pilihanraya....saya harap...anda dan pihak PKR tidak menyalahkan penduduk2 & pengundi2 tempatan kerana mengundi BN ataupun kerana tidak keluar mengundi....adalah menjadi hak mereka sbg pengundi utk mengundi sesiapa yg mereka inginkan menjadi pemimpin...dan juga menjadi hak mereka utk tidak keluar mengundi.
skali lagi saya ucapkan...selamat bertanding.