Sunday, May 31, 2009

KENYATAAN MEDIA Dato' Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Kemenangan di PRK DUN Penanti


KENYATAAN MEDIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BERKENAAN KEMENANGAN DI PILIHAN RAYA KECIL DUN PENANTI


Syabas kepada jentera pilihan raya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Sdr Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.

Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihan Raya Kecil ini membuktikan KEADILAN masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.

Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi Rakyat.


ANWAR IBRAHIM



2 comments:

  1. tahniah Dr.Mansor...teruskan perjuanganmu dan tunaikan tanggungjawab yg di amanah demi rakyat

    ReplyDelete
  2. Selamat Maju Jaya.. Berikan khidmat yang terbaik untuk rakyat. TQ

    ReplyDelete