Sunday, May 17, 2009

Mansor Rasmi Ulangtahun UKP

Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Penanti, Dr Mansor Othman hari ini merasmikan ulangtahun Unit Keselamatan Parlimen (UKP) Permatang Pauh.

UKP merupakan satu cabang kepada AMK Permatang Pauh di bawah Biro Keselamatan yang mempunyai fungsi utama mengiringi dan mengawal pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir di Permatang Pauh dan Pulau Pinang khasnya.

Menurut Mazlan Mat Zain, pengarah keselamatan UKP Permatang Pauh, idea penubuhan UKP bermula daripada Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akini dan diletakkan di bawah Biro Keselamatan AMK Permatang Pauh yang mana ahlianya terdiri daripada anggota AMK.

Menurut Mazlan pada dasarnya matlamat UKP ialah memberi khidmat sosial termasuk membantu golongan yang memerlukan, kes kebakaran,kematian dan bantuan sosial. Dana pula diperolehi daripada sumbangan golongan korporat, anggota masyarakat dan ahli politik.

Dalam ucapan perasmian Dr Mansor menjelaskan penubuhan UKP telah banyak membantu pemimpin untuk bergerak dan juga dari segi tenaga kerja dan bantuan khidmat sosial, kawalan lalulintas diceramah serta mengiringi pimpinan yang hadir di Permatang pauh.

Dr Mansor juga merasmikan pemakaian jaket yang baru UKP sempena PRK Penanti dan berharap ia mampu memberi motovasi dan galakan agar UKP dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien dan profesional.

Beliau juga berharap khidmat UKP dapat diperluaskan ke seluruh negeri dan setiap kawasan parlimen.

No comments:

Post a Comment