Wednesday, August 12, 2009

KENYATAAN MEDIA - Dato' Seri Anwar Ibrahim, 11 Ogos 2009

KENYATAAN MEDIA

11 Ogos 2009

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.

Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang  cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yang diperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.

Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Friday, July 31, 2009

ADUN Pematang Pasir Meninggal Dunia

Jenazah Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abd Rahman ADUN Pematang Pasir (Permatang Pauh) dijangka tiba jam 2pm di Rumah Beliau (Pusat Khidmat Pmtg Pasir) kebumi 5ptg.

Pemergian Pak Hamdan merupakan satu kehilangan bg Negeri Pulau Pinang.

Sunday, July 26, 2009

Ceramah Di Permatang Pauh

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Ceramah di perkarangan An Nahdhoh Inn, Permatang Pauh.

Turut berucap dalam ceramah ialah YB Mansor Othman dan Dato' Chua Jui Meng telah menyertai KEADILAN.

Merasmikan Perhimpunan Pekerja 2009 & Wacana Kebangsaan

YB Mansor Othman memberikan ucaptama dan perasmian perhimpunan dengan tajuk "Selamatkan Pekerja Di Era Kemelesetan Ekonomi"

Turut serta dalam majlis adalah Sdr. Syed Sharir (Presiden MTUC), Sdr. Hj Mohd Anuar Tahir (Pengarah Program) dan Sdr. Mohamad Sabu (AJK PAS Pusat)

Saturday, July 25, 2009

Ketua Menteri Merasmikan Bengkel JKKK Daerah SPT

YAB Lim Guan Eng merasmikan Bengkel JKKK SPT di An Nahdoh Inn, Penanti, Permatang Pauh.

Bengkel untuk memberi pemahaman kepada tugas sebagai seorang JKKK di ketua oleh YB Mansor Othman selaku TKM1, yang memegang portfolio Perhubungan Masyarakat.

Sebagai permulaan JKKK Daerah SPT di berikan penekanan untuk dengan konsep 3P iaitu memperkasakan rakyat, memperkuasakan rakyat dan memperkayakan rakyat.

Selaku penaung kepada JKKK YB Mansor Othman meminta supaya semua JKKK supaya memberikan khidmat kepada masyarakat. Dengan bengkel ini maka semua pengerusi dan setiausaha JKKK akan memahami tugas dan cara memberi khidmat kepada rakyat.

Friday, July 10, 2009

Tayar pancit diatas Jambatan Pulau pinang

Berititik tolak dari fenomena tayar pancit diatas jambatan dan perbuatan khianat orang yg mengambil kesempatan diatas masalah orang lain, Pihak jambatan pulau pinang telah menambah baik perkhidmatan dgn memperkenalkan bantuan Tayar pancit, menunda motosikal secara percuma ke bengkel berdekatan dan akan bermula pada hari ini.


Talian Bridgeline : 1300-1300-03
Masa : 7:00am hingga 8:00pm

Sila Hebahkan.

Tuesday, July 7, 2009

Warisan Dunia: 7 Julai cuti umum di Pulau Pinang

Mstar Online

GEORGE TOWN: Pulau Pinang mengisytiharkan 7 Julai mulai tahun depan sebagai cuti umum negeri sempena gelaran Tapak Warisan Dunia, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng.

George Town dan Melaka telah diisytiharkan Tapak Warisan Dunia oleh Unesco.

Friday, July 3, 2009

Anwar Salah Media, Nafi DAP Kedah Keluar Pakatan Pembangkang

By: Ramjit
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama)

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkangf.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.

"Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecah-belahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah.

Thursday, July 2, 2009

Pertunjukkan Wau atau Layang-Layang

Dimaklumkan bahawa sempena sambutan ulang tahun pertama penubuhan UNESCO, beberapa program telah dirancang sepanjang bulan Julai ini antaranya ialah Pertunjukkan Wau atau Layang-Layang seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 4 JULAI 2009
MASA : 6.00 PETANG – 7.00 PETANG
LOKASI : PADANG KOTA LAMA, PULAU PINANG

Monday, June 22, 2009

KENYATAAN MEDIA: Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Tarikh: 22 Jun 2009

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

DATO' SERI ABDUL HADI AWANG

LIM KIT SIANG

Wednesday, June 3, 2009

Mansor angkat sumpah TKM1 P Pinang

Jun 3, 09 2:00pm

ADUN Penanti, Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai timbalan ketua menteri I (KTM) Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dikediaman rasminya di Seri Mutiara hari ini.

Dalam istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai timbalan ketua menteri I.

Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor, lapor Bernama.

Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi hal ehwal tanah dan pembangunan tanah, pembangunan keusahawanan, penerangan dan warisan negeri.

Manakala jawatankuasa pembangunan industri, perdagangan antarabangsa, koperasi dan perhubungan masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.

Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa perancangan bandar dan desa, perumahan dan kesenian negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah tersebut, Lim berkata, Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri.

"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.L

Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim.

Gambar Ihsan WRLR / NADODI MANNAN

Tuesday, June 2, 2009

Pusat Khidmat Adun Penanti akan dibuka esok

Seperti yang telah dijanjikan dalam pilihanraya YB mansor Othman akan membuka Pusat Khidmat Beliau pada esok (3 Jun 2009).

Difahamkan Pusat Khidmat tersebut akan dilengkapi dengan Telifon dan internet tidak lama lagi.

Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N12 Penanti YB Mansor Othman akan di buka di persimpangan masuk ke Taman Guar Perahu (Jalan Arumugan Pillai , Jalan Guar Perahu 1).

HSM 10, Lot 1612 MK 20, Jalan Guar Perahu 1, 14000 Bukit MertajamTel : 04- Email : adunpenanti@gmail.com

Monday, June 1, 2009

Monsor Othman Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Pengundi dan Petugas

Sdr Mansor Othman merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi dan petugas penanti yang telah memilih beliau sebagai Wakil Rakyat.

Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh diajukan ke email : adunpenanti@gmail.com

Blog boleh dilayari di : http://mansorothman.blogspot.com

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.

Beliau memulakan ucapan denganmegucapkan riuan terima kasih kepada semua pimpinan dalam parti.Rakyat telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan bersyukur dan ini jelas rakyat penanti memberi satu signal yang jelas. Kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagaimana yang dijelaskan bahawa kerjasama ini adalah satu kerjasama semua pihak dan seluruh kepimpinan.

Penanti akan memeberi satu signal yang jelas kepada umno dan Barisan Nasional,dan kita harap dari menifesto yang saya bawa saya akan dapat laksanakannnya bahawa saya cukup berterima kasih dan segala gerak kerja yang dilaksanaka sejak awal hingga kini, dan saya percaya YB Fauziah berkata model gerak kerja pilihanraya ini di Penanti ini akan di jadikan contoh dan akan merancang semuanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti untuk di lantik sebagai TKM1 dan saya berkata tanpa tuan -tuan dan puan -puan dengan mesefasto yang dijelaskan, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK (mstar)

BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana telah dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Dalam reaksinya, Mansor mengucapkan terima kasih kepada para pengundi, pemimpin PKR, penyokong dan pekerja pilihan raya yang telah berusaha kerja membawa kemenangan kepada beliau.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pimpinan parti dan rakanrakan dari DAP dan PAS serta kepada pengundi Penanti," katanya.

Sehubungan itu tambah Mansor, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang apabila memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mulai minggu depan.

Keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 8.24 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Tahniah

TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN

Dr. Mansor bin Othman
ADUN PENANTI / TKM 1 PULAU PINANG