Thursday, August 13, 2009

Siapa pengkhianat bangsa Melayu? Anwar atau UMNO?

KENYATAAN MEDIA AMK CABANG PERMATANG PAUH

Tarikh : 11 Ogos 2009

Siapa pengkhianat bangsa Melayu? Anwar atau UMNO?

Merujuk kepada media massa pro rejim UMNO yang saban hari memperlekehkan dan menghina kewibawaan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan menggelarnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu, seolah-olah satu gerakkan besar-besaran bagi mencalar dan memburukkan imej beliau selaku Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Ahli Parlimen Malaysia.

Tindakan yang mungkin memang telah dirancangkan oleh rejim UMNO itu telah memberi gambaran bahawa seluruh Bangsa Melayu dan Umat Islam diseluruh Negara ini menolak dan tidak mengiktiraf kepimpinan beliau. Beliau dilabel sebagai pemimpin yang memecahbelahkan Bangsa Melayu, pengkhianat dan menjadi tunggangan kaum Cina dan India, demi survival politik kedua-dua kaum tersebut.

Maka dengan ini kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Permatang Pauh mempertahankan serta menyokong tindakan saman yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Presiden rejim UMNO Muhyiddin Yassin kerana keceluparan mulutnya itu.

Melihat gelagat dan tingkahlaku jelek pemimpin tertinggi regim UMNO yang memainkan isu tersebut, AMK Cabang Permatang Pauh menganggap rejim UMNO telah dihinggapi symptom fobia melampau terhadap pengaruh Dato Seri Anwar Ibrahim. Tindakan terdesak rejim UMNO itu jelas membuktikan kerendahan akal dan budi disebabkan kegagalan mendapatkan kepercayaan kaum Melayu, Kaum yang telah menjauhkan diri dari sebuah parti yang bersikap perkauman dan dipenuhi virus pemusnah Agama, Bangsa dan juga Negara.

Oleh itu AMK Permatang Pauh mencabar beliau untuk berdebat tentang isu ini dan amat mengalu-alukan kedatangan beliau ke bumi Permatang Pauh ini. Kami berikrar akan memburu dan menggempur beliau habis-habisan dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini. AMK Permatang Pauh juga bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana pihak dari rejim UMNO samada dari Pusat atau Negeri mahupun Bahagian terutama pemimpin rejim UMNO untuk berdebat mengenai isu Siapa Pengkhianat Bangsa Melayu? Anwar atau UMNO?

Sekali lagi amaran keras dari AMK Permatang Pauh kepada Muhyiddin Yassin, jangan cuba bermain dengan api perkauman, akhirnya kelak membakar diri. Politik baru dan Rakyat Malaysia tidak memerlukan ajen perosak seperti anda.

Amir Bin Haji Ghazali
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Naib Ketua AMK Negeri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment