Lebih kurang 10 jenis hidangan disediakan kepada tetamu yang berkunjung dalam majlis ini. Dianggarkan 6000 orang menghadiri majlis pada kali ini.
Y.B. Mansor turut menyumbang "duit raya" kepada kanak-kanak bagi memeriahkan majlis.
-754551.jpg)
-752159.jpg)
-756613.jpg)
-758824.jpg)
-760933.jpg)
.jpg(3)-763670.jpg)
-765636.jpg)
KENYATAAN MEDIA : PRK DUN N11
12 Ogos 2009
AMK Permatang Pauh akan menyokong sesiapa sahaja calon yang bakal dipilih oleh Pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam meneruskan obor perjuangan yang telah dirintis dengan cemerlangnya oleh Allahyarham TB Dato Mohd Hamdan Abdul Rahman, beliau adalah permata yang menyinari aspirasi semangat Pakatan Rakyat yang tiada tolok bandingnya. AMK amat berharap agar tokoh yang bakal dicalonkan untuk berdepan dengan rejim UMNO/BN diPermatang Pasir adalah tokoh yang mempunyai semangat dan ciri-ciri sedemikian.
AMK Permatang Pauh akan menggerakkan seluruh jentera bagi membantu Jentera PAS bagi memastikan DUN Permatang Pasir kekal ditangan PAS dan PR khususnya. Matlamat kita adalah meningkatkan lagi majoriti dari 5433 kepada melebihi 6000 undi, InsyaAllah..
AMK Permatang Pauh menggesa agar tiada mana-mana pihak, samada dari PKR mahupun PR mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menganggu gugat semangat setiakawan dan muafakat yang telah dipersetujui. Fahamilah dulu apa definasi PAKATAN itu sendiri.
AMK sebagai penggerak perubahan dan pengamal budaya politik baru, menyeru seluruh pendukung Angkatan Muda samada dari Cabang atau Ranting agar BANGKIT!! BANGKIT!! Kita patahkan serangan jahat dari media massa dan jentera rejim UMNO/BN walaupun mereka memuntahkan dakyah dan propaganda yang menjijikkan.
Kebijaksanaan warga Permatang Pasir telah terbukti selama 3 penggal hinggakan rejim UMNO/BN yang rakus gagal menggoda pengundi untuk mengangkat mereka sebagai pemenang.
Insyaallah dengan izinNya dan kekuatan semangat rakyat yang inginkan perubahan besar terhadap negara tercinta. AMK bersedia berkorban untuk DUN Permatang Pasir.
UNDILAH CALON PAS!!!!
Amir bin Haji Ghazali
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Naib Ketua AMK Pulau Pinang
KENYATAAN MEDIA AMK CABANG PERMATANG PAUH
Tarikh : 11 Ogos 2009
Siapa pengkhianat bangsa Melayu? Anwar atau UMNO?
Merujuk kepada media massa pro rejim UMNO yang saban hari memperlekehkan dan menghina kewibawaan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan menggelarnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu, seolah-olah satu gerakkan besar-besaran bagi mencalar dan memburukkan imej beliau selaku Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Ahli Parlimen Malaysia.
Tindakan yang mungkin memang telah dirancangkan oleh rejim UMNO itu telah memberi gambaran bahawa seluruh Bangsa Melayu dan Umat Islam diseluruh Negara ini menolak dan tidak mengiktiraf kepimpinan beliau. Beliau dilabel sebagai pemimpin yang memecahbelahkan Bangsa Melayu, pengkhianat dan menjadi tunggangan kaum Cina dan India, demi survival politik kedua-dua kaum tersebut.
Maka dengan ini kami Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Permatang Pauh mempertahankan serta menyokong tindakan saman yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Presiden rejim UMNO Muhyiddin Yassin kerana keceluparan mulutnya itu.
Melihat gelagat dan tingkahlaku jelek pemimpin tertinggi regim UMNO yang memainkan isu tersebut, AMK Cabang Permatang Pauh menganggap rejim UMNO telah dihinggapi symptom fobia melampau terhadap pengaruh Dato Seri Anwar Ibrahim. Tindakan terdesak rejim UMNO itu jelas membuktikan kerendahan akal dan budi disebabkan kegagalan mendapatkan kepercayaan kaum Melayu, Kaum yang telah menjauhkan diri dari sebuah parti yang bersikap perkauman dan dipenuhi virus pemusnah Agama, Bangsa dan juga Negara.
Oleh itu AMK Permatang Pauh mencabar beliau untuk berdebat tentang isu ini dan amat mengalu-alukan kedatangan beliau ke bumi Permatang Pauh ini. Kami berikrar akan memburu dan menggempur beliau habis-habisan dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini. AMK Permatang Pauh juga bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana pihak dari rejim UMNO samada dari Pusat atau Negeri mahupun Bahagian terutama pemimpin rejim UMNO untuk berdebat mengenai isu Siapa Pengkhianat Bangsa Melayu? Anwar atau UMNO?
Sekali lagi amaran keras dari AMK Permatang Pauh kepada Muhyiddin Yassin, jangan cuba bermain dengan api perkauman, akhirnya kelak membakar diri. Politik baru dan Rakyat Malaysia tidak memerlukan ajen perosak seperti anda.
Amir Bin Haji Ghazali
Ketua AMK Cabang Permatang Pauh
Naib Ketua AMK Negeri Pulau Pinang
Jumaat
14 Ogos 2009
2.00 petang
Masjid Kubang Semang Penanti