Wednesday, May 27, 2009

Azmin gelar calon bebas 'Minah Ronggeng'

malaysiakini
Athi Veeranggan | May 27, 09 3:24pm
Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran 'Minah Ronggeng' daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Berucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) 'mencerminkan' dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng', kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.

"Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?" soalnya.

Oleh itu, katanya, 'Minah Ronggeng' tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.

Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris.

cheah kah peng lim eng nam rebutal on aminah abdullah allegation penanti by election pc 260509 03Sebelum ini, Aminah mendakwa dua pemimpin PKR - anggota Majlis Tertinggi, Cheah Kah Peng dan timbalan ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim - cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran, jika beliau (Aminah) menarik diri daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut.

Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya.

Sidang Media 27 May 2009

Sidang media keadilan piliharaya kecil N12 penanti pada 27 hb may 2009 jam 3pm di Yayasan Aman oleh YB Saifudin Nasution pengarah pilihanraya keadilan pusat dan YB Zuraidah ketua wanita pusat.

Tuesday, May 26, 2009

Aminah Sanggup Jerat Sahabat Sebagai Modal Politik Murahan



clik gambar untuk lihat video



TVM 26MEI - Aminah Sanggup Jerat Sahabat Sebagai Modal Politik Murahan

Calon bebas pilihanraya kecil Aminah Abdullah menjerat sahabatnya sendiri dengan merakamkan perbualan peribadi antara beliau dengan mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah Parti Keadilan Rakyat.

Pengundi sebaliknya harus menilai keperibadian Aminah yang sanggup mengundang dua kenalannya dari PKR ke rumahnya semata-mata untuk merakam perbualan peribadi untuk diguna sebagai modal politik murahan.

PKR timbang tindakan undang-undang terhadap Aminah

AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG...Pengerusi PKR P.Pinang,Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata parti itu sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas, Aminah Abdullah.

PULAU PINANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah, yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim (gambar) berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali.

"Kami tidak teragakagak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Aminah dalam persidangan akhbar semalam turut mengemukakan CD rakaman audio yang didakwanya mengandungi bukti bahawa beliau ditawarkan RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, jika beliau menyertai semula parti sekiranya menang pilihan raya kecil Penanti Ahad ini.

Zahrain berkata beliau tidak pernah mendengar sebarang arahan dari manamana pemimpin PKR untuk menawarkan sebarang ganjaran kepada Aminah.

"Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk buat tawaran kepada Aminah, dan saya rasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peluang membuat siasatan terlebih dahulu sebelum kami buat sebarang keputusan berhubung dakwaan itu," katanya. BERNAMA

Bengkel Safe Riding sedang bermula

Antara yang hadir Ketua Wanita Pusat YB Zuraida atau lebih dikenali Kak Zu

Antara motor yang menuggu giliran untuk diservis

Kaunter pendaftaran setakat ini menerima hampir 70 pendaftaran motosikal untuk di servis

Chegu Bard bersama saudara Yasir Said sebelum program sefety riding bermula

Pihak Polis turut mengadakan sekatan jalan dihadapan simpang ke acara tersebut.

Aminah diberi masa 7 hari - peguam

OLeh: Mat Zahari Ali (SK)

“Aminah diberkan tempoh tujuh hari mulai hari ini untuk beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka,” Kata Ong Chin Wen yang bertindak sebagai peguam yang mewakili Pakatan Rakyat.

Menurut Ong notis bertulis tersebut akan diserahkan sendiri oleh beliau kepada Aminah.

“Saya akan serahkan kepada Aminah selepas ini samaada di Jelutung atau ditempat lain yang akan ditentukan setelah saya menghubungi beliau nanti. Tapi saya akan serahkan hari ini juga,”kata Ong ketika ditemui sejurus selepas sidang media oleh Pakatan Rakyat berhubung kenyataan Aminah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya menerik diri dari bertanding di Penanti.

Menurut Ong, sekiranya Aminah tida bertindak sebagaimana disyaratkan pendakwaan dimahkamah akan dilakukan selepas tamat tarikh notis.

Aminah Abdullah adalah salah seorang dari tiga calon bebas yang menggunakan lambang kunci dalam di pilihanraya kecil penanti. Aminah juga sebelum ini merupakan seorang ahli KeADILan di Pulau Pinang.

PKR: Aminah Peralatkan Kawan Untuk Di Jadikan Senjata Politik

Tv Mutiara

Calon bebas Aminah Abdullah memerangkap dua kenalan beliau dari Parti Keadilan Rakyat dengan menjemput mereka untuk makan tengah hari dan kemudian merakamkan perbualan peribadi antara mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah PKR.

Pengarah Pilihanraya PKR Saiffudin Nasution berkata Aminah, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang, sememangnya mempunyai hubungan baik dengan dua ahli berkenaan.

Saifuddin berkata dua ahli PKR itu telah menerima undangan Aminah untuk makan tengah hari seperti lazimnya.

Namun kali ini, Aminah bertindak merakamkan perbualan mereka untuk digunakan sebagai modal bagi meraih undi pada pilihanraya kecil Penanti Ahad ini.

Saifuddin berkata Aminah jelas bertindak tidak iklas terhadap dua rakannya itu, semata-mata dalam cubaan untuk menfitnah PKR.

“Mereka (Dua rakan Aminah) hadir makan tengahari, bahkan mereka dijemput untuk makan tengahari. Kemudian perbualan mereka dirakam. Kalau dijemput makan tengahari, tak perlulah rakam kalau tidak ada apa-apa niat,” kata Saifuddin.:

Saifuddin sekali lagi menegaskan bahawa PKR tidak pernah menawarkan sebarang imbuhan kepada Aminah dan segala perbualan yang dirujuk oleh calon bebas itu adalah bersifat peribadi antara beliau dan dua kenalannya itu.

Aminah mendakwa kononnya dua ahli PKR berkenaan dihantar oleh parti itu untuk menawarkan beliau pelbagai imbuhan bagi menarik diri daripada pada pilihanraya kecil Penanti.

Aminah mendakwa beliau kononya juga ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika menang pilihanraya kecil itu.

Namun pemerhati politik berpendapat, tidak masuk akal untuk PKR membuat tawaran seperti mana yang di dakwa oleh Aminah, kerana parti itu dalam keadaan selesa untuk mengekalkan kerusi Penanti.

Tambahan pula Aminah tidak mempunyai sokongan akar umbi di Penanti yang merupakan kubu kuat PKR dan Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata PKR akan membuat kenyataan lebih menyeluruh selepas peguam PKR selesai meneliti rakaman audio perbualan tiga jam antara Aminah dan dua kenalannya itu.

Parti itu juga akan menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyelesaikan siasatan bersabit tuduhan Aminah itu.

“Kenyataan yang disebut semalam menyentuh mengenai tuduhan tawaran wang dan jawatan,” kata Saifuddin. “Panel peguam telah dibentuk untuk meneliti rakaman audio ini dan sekiranya ada unsur-unsur seperti yang dituduh itu, maka ia akan disertakan dalam notis kepada calon berkenaan.”

Saifuddin berkata pada peringkat in, PKR berpendirian dakwaan Aminah itu bersifat fitnah yang bertujuan mencemar parti berkenaan dan cubaan terdesak oleh beliau untuk meraih sokongan pengundi.

PKR pagi ini telah menghantar notis guaman kepada Aminah, menuntut beliau memohon maaf kepada PKR dan berhenti mengaitkan parti itu kepada perbualan peribadi yang di rakamnya itu.

Saifuddin berkata setelah mendengar rakaman itu, beliau secara peribadi berpendapat Aminah menunjukkan minat mahu kembali ke pangkuan PKR.

“Komen saya adalah satu acara makan-makan, pertemuan antara sahabat dalam suasana mesra dan gelak-tawa,” kata Saifuddin. “Acara itu juga menunjukkan seperti ada hasrat untuk kembali menyertai parti. Itu gambaran yang saya dapat,” tambah Saifuddin.

Monday, May 25, 2009

Berita Dari WRLR

BERTEMU RAKYAT SEBELUM BERCERAMAH


Anwar memberi peluang kepada Dr Mansor di ketika sedang berceramah bagi menguji kebolehan calon untuk berinteraksi dengan orang ramai.



Dr Mansor bertemu orang kampung manakala DSAI berbual dengan Ustaz Mutalib pasentren An Nahdoh


BEKERJA WALAU TELAH LARUT MALAM.


Pemuda di kampung Padang Ibu di dalam kawasan penanti memulakan kerja untuk menaikkan bendera PKR walau jam menunjukkan 1 pagi.Gambar di ambil setelah selesai ceramah perdana yang dihadiri DSAI,Lim Kit Siang dan juga Hj Abdul Hadi Awang.



PKR Hantar Notis Undang-undang Kepada Aminah Untuk Tarik Dakwaan




TVM 25MEI - PKR Hantar Notis Undang-undang Kepada Aminah Untuk Tarik Dakwaan

Parti Keadilan Rakyat akan menghantar notis undang-undang kepada calon bebas Aminah Abdullah, menuntut beliau meminta maaf dan menarik balik dakwaan kononnya beliau ditawar imbuhan untuk tarik diri dari pilihanraya kecil Penanti.

SIAPA AMINAH UNTUK MINTA PKR DIBUBARKAN ?

SATU PAKATAN, SATU SERUAN UNTUK KEADILAN

Monday, May 25, 2009

SIAPA Aminah Abdullah ? Beliau adalah salah seorang calon bebas yang akan bertanding di PRK Dun Penanti nanti. Beliau adalah bekas pimpinan PKR P.Pinang yang ditolak oleh PKR P.Pinang termasuk suaminya lantas keluar dari PKR. Beliau sememangnya seorang ahli yang senior dan lama bergiat di dalam PKR iaitu semasa era reformasi lagi. Beliau menyatakan bahawa Presiden PKR sendiri boleh mengesahkan bahawa beliau adalah `pejuang' lama di dalam PKR berbanding dengan Pengerusi Perhubungan PKR P.Pinang sekarang. Tetapi beliau lupa, di dalam perjuangan, `lama' bukan bererti bagus dan hebat. Kadangkala yang `lama' itu lah pembawa `karat' kepada perjuangan. Pada saya, Aminah Abdullah adalah pembawa `karat' kepada PKR.

Oleh sebab itu, Aminah langsung tiada idea untuk menambah baik perjuangan PKR sewaktu beliau berada di dalam parti PKR. Jika sekadar hadir berhimpun atau berdemontrasi, budak-budak bekerja `despatch' pun ramai yang menyertai perhimpunan. Tanyalah ahli-ahli PKR khususnya di P.Pinang, berapa ramai yang kenal Aminah ini. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan PKR di seluruh negeri bermula dari era reformasi, bermula dengan nama ADIL, kemudiannya dikenali sebagai KeADILan seterusnya kini PKR. Nama Aminah langsung tidak saya kenali sehinggalah beliau keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Bagi saya nama Nora atau Norazimah lebih wajar dikenang sebagai pejuang di kalangan wanita daripada Aminah walaupun kini Nora tidak lagi bersama PKR tetapi berjuang bersama PKR di dalam PAS.

Terbaru, Aminah menunjukkan kononnya sebahagian bukti yang beliau ada tentang sogokan rasuah oleh PKR kepada beliau. Bukti rakaman audio telah ditunjukkan kepada wartawan baru-baru ini untuk menunjukkan PKR benar-benar menagih jasa dan khidmatnya kembali. Bahkan, PKR kononnya menawarkan kepada beliau untuk jawatan TKM 1 P.Pinang. Hendak termuntah dan loya tekak saya bila memikirkan Aminah ingin ditawarkan jawatan tersebut. Bukan saya hendak menghina atau merendah-rendahkan Aminah, tetapi beliau seharusnya sedar diri beliau siapa sebelum `merepek dan merapu' tidak tentu pasal. Mengapa beliau menunjukkan bukti tersebut kepada wartawan terlebih dahulu, mengapa tidak terus melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa masih tertunggu-tunggu? Bertindaklah pantas jika dakwaan itu benar, jangan sampai rakyat menggelarnya sebagai `pelacur politik' yang murahan. Saya teringat kisah beberapa tahun dahulu, terdapat rakaman audio perbualan telefon yang dianggap `feeling' antara DS Anwar dengan isteri Azmin Ali. Itu juga kononnya sebagai bukti menunjukkan skandal DS Anwar bersama isteri orang. Tetapi, apakah yang berlaku kepada bukti-bukti tersebut? Bagaimana pula dengan bukti-bukti video (CCTV) bergambar (bukan audio semata-mata) yang jelas menunjukkan perbuatan rasuah yang berlaku di Kedah sepertimana yang telah didedahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen? Jika bukti video pun tidak disiasat, tentulah ganjil bukti audio semata-mata boleh diterima.

Dunia politik di negara kita ini sudah terlalu ramai `pelacur politik' yang murahan samada lelaki dan perempuan. Kesemuanya ini akan `berdagang' apabila musim pilihanraya sahaja. Saya percaya dakwaan Aminah ini akan senyap dan hilang selepas pilihanraya Dun Penanti nanti. Bermacam-macam dakwaan muncul ketika menjelang pilihanraya dan ianya akan hilang selepas itu. Dakwaan Aminah ini sepantas kilat diulas oleh mantan MB selangor yang pernah menunjukkan `kehebatan'nya membongkar kisah lembu korban di Selangor. Sememangnya antara Aminah dan Khir Toyo banyak persamaannya. Siapa Khir Toyo yang mahu bercerita soal maruah PKR ? Semenjak bila Khir Toyo ada maruah ? Ahli-ahli Umno sendiri tahu siapa Khir Toyo. Mungkin `Mickey Mouse' pun kenal siapa Khir Toyo ini. Kerajaan Selangor di bawah pemerintahannya dahulu sangat berminat dengan `Mickey Mouse' dan penyapu. Nampaknya, Aminah ada pembela kuat iaitu Khir Toyo. Selepas ini, mungkin Raja Sesumpah serta rakan-rakan seperti Lokman Noor Adam akan mengangkat Aminah sebagai pejuang terhebat.

Saya mendapat tahu melalui blog Chegubard, ramai di kalangan wartawan yang mendapat salinan audio yang diberikan oleh Aminah tersebut ketawa besar bila mendengar bahan bukti berkenaan. Wartawan yang dikatakan ramai menulis di dalam akhbar media perdana sendiri pun merasa lucu dengan apa yang Aminah lakukan sepertimana lucunya mereka apabila mendapat bukti pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir yang telah didedahkan oleh raja sesumpah sewaktu PRK Parlimen K. Terengganu baru-baru ini. Mungkin Aminah adalah anak murid raja sesumpah tetapi masih belum tamat pengajian lagi.

Kadangkala timbul rasa simpati terhadap Aminah yang begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PKR berkubur. Jika mahu tunjuk bukti pun, mengapa perlu bersyarat agar PKR sanggup dibubarkan? Apakah tujuan syarat-syarat tersebut dan apa kena mengena dengan bukti yang kononnya beliau ada? Kini beliau adalah calon bebas dan beliau boleh dedahkan bukti-bukti yang beliau ada di merata pelusuk bumi Penanti, tetapi bukti itu tidak akan ke mana selagi Aminah kecut perut untuk melaporkannya ke pihak berkuasa. Saya bertambah simpati jika Aminah hilang depositnya nanti di PRK Dun Penanti, kemudiannya terpaksa pula membayar saman akibat tindakan bodoh beliau itu.

PKR telah masak dengan berbagai tuduhan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan kebangkitan parti tersebut. Mereka gagal untuk meruntuhkan kerjasama padu PKR dengan PAS dan DAP. Sumpah laknat Saiful ternyata memakan tuan. Pendedahan surat DS Anwar kepada Tun Mahathir juga menjerat diri. Memfitnah Fairus Khairuddin juga gagal untuk mengkucar kacirkan PKR. Kini, Aminah terus mencuba dengan modal basi yang lapor dek zaman itu.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Bengkel 'SAFETY RIDING' Bersama Yasir Said, Juara Cub Prix ASIA

BENGKEL 'SAFETY RIDING' BERSAMA
YASIR SAID, JUARA CUB PRIX ASIA
Tarikh : 26 MEI 2009
Masa : 4.30 PETANG
Tempat : JALAN PASAR MALAM, KG. GUAR PERAHU, PENANTI

- Demo dan taklimat safety riding
- Pertandingan berkaitan safety riding
- Percuma servis dan minyak 4T bagi 100 motorcub yang pertama

Anjuran : Keadilan Negeri Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah serta AMK Permatang Pauh semua di jemput hadir.

Kesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkin untuk mempromosi gaya hidup sihat. keADILan akan mengadakan satu program ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal dengan mempromosikan pemboncengan selamat / safety riding.

Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel 'Safety Riding' bersama Juara Cub Prix Asia - saudara Yasir Said.

Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi ciri keselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapat perkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma. Selain itu Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncengan selamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkan pemboncengan selamat. Demonstrasi willie dan wikang (iaitu dua aksi
porpular anak muda bermotorsikal akan dipertontonkan juga.

Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh keADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK Bkt Mertajam, diharap dengan program ini keADILan bukan sekadar mampu mendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dari itu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidup sihat anak muda.

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah


May 24, 09 5:00pm Malaysiakini
PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.

Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.

Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengarah Pilihanraya Kecil Penanti dari PKR, Saifuddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti.

Sehari Bersama Calon Pakatan Rakyat Mansor Othman




Clik Untuk Lihat Video


TVM 24MEI-SEHARI BERSAMA CALON PAKATAN RAKYAT DR MANSOR OTHMAN

Hari pertama tempoh berkempen bermula dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Mansor Othman berkunjung ke kawasan-kawasan tumpuan masyarakat.

Sunday, May 24, 2009

Pelancaran Bilik Gerakan Srikandi keADILan Malaysia-malaysiakini





Yb Pn Zuraidah Ketua Wanita PKR bersama Pn Hajah Aishah ister kepada calon N12 Penanti Dr Mansor telah merasmikan  pelancaran bilik gerakan utama Srikandi keADILan Malaysia

Saturday, May 23, 2009

Sumber diperolehi seorang calun bebas telah d tolak kerana kes bankrap.