Thursday, May 14, 2009

Taklimat Dari Pengarah Pilihanraya Negeri

Pak Mus sedang menyampaikan taklimat tentang persiapan Pilihanraya.

Saudara Mansor Othman juga memberikan kata-kata semangat kepada pada semua Pimpinan Keadilan Negeri yang hadir.

ANWAR- "IKTIBAR 13 MEI/ KRISIS PERAK"


Untuk melihat video clik pada gambar





AI 14MEI-ANWAR- "IKTIBAR 13 MEI/ KRISIS PERAK"

Pemimpin Pakatan Rakyat mengimbau Peristiwa 13Mei dan krisis Perak serta kesannya ke atas rakyat Malaysia.

Wednesday, May 13, 2009

Program Sukan & Komuniti Kesihatan AMK


PKR sedia hadapi segala kemungkinan pilihanraya Penanti


http://www.tvantara.com/v1/video?id=695


AI 11MEI- PKR sedia hadapi segala kemungkinan pilihanraya Penanti

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR sedia menghadapi segala kemungkinan untuk pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini, yakin dengan kematangan politik pengundi kawasan berkenaan.

Mansor Othman Bertemu Penduduk Penanti

Mansor Othman telah turun bertemu penduduk sekitar kawasan penanti bagi mengenalpasti masalah yang boleh diatasi.

Beliau telah mula menjalankan tugas sejak beliau di calunkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Maklumat-maklumat terkini akan kami maklumkan pada semua pembaca.

Monday, May 11, 2009

Nizar Masih MB Perak Yang Sah

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi:
Nizar masih MB sah Perak. Hakim Abdul Abdul Aziz kata Nizar tidak pernah hadapi undi tak percaya dalam Dun
(Adil News Net)

Friday, May 8, 2009

Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim di Penanti


Bantuan Maklumat dari Blogger dialu-alukan

Saya mengalu-alukan rakan yang berada di sekitar penanti untuk menyampaikan maklumat kepada blog penanti ini.

Sebarang gambar atau artikel mengenai pilihanraya penanti boleh dikirimkan kepada email :
adunpenanti@gmail.com

Kerjasama dari rakan-rakan bagi merancakkan penyampaian maklumat kepada orang ramai amat-amat dialu-alukan.

Salam Reformasi, Salam Perjuangan.

Thursday, May 7, 2009

Kibaran Bendera Tanda Protes

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat turut mengibarkan Bendera tanda protes.

Bendera tersebut mula dikibarkan awal pagi ini.

Wednesday, May 6, 2009

7 Mei Berpakaian Hitam Tanda Protes ?

Jurucakap BERSIH Wong Chin Huat dilanjut remand 2 hari. Himpunan aman sokong tahanan 9 mlm ini (6 Mei) Balai Brickfields.

Esok 7 Mei berpakaian hitam tanda protes ?.
(Adil News Net)

Penanti: BN dijangka putuskan 18 Mei

Mstar

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan bagi menentukan sama ada parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada BN perlu bertanding atau tidak bukan keputusan Umno semata-mata tetapi semua parti-parti komponen.
"Saya tak fikir ini (Penanti) isu Umno sahaja sebab bila kita bertanding... kita bertanding atas tiket Barisan Nasional.

"Kita tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pertemuan itu akan diadakan pada 18 Mei ini.

Kerusi DUN Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.

PKR telah mengumumkan calonnya, Mansor Othman bagi bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Tuesday, May 5, 2009

DR MANSOR YAKIN RAKYAT PENANTI BIJAK MEMILIH

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

"TEKUN" DAN "BINA ILMU" AKAN DIJADIKAN MISI DAN VISI DALAM KERAJAAN NEGERI DARI SEGI EKONOMI DAN PENDIDIKAN, SELAIN MENERUSKAN AGENDA MENGHAPUSKAN MISKIN TEGAR DI KALANGAN RAKYAT PULAU PINANG.

Penanti-Baru-baru ini wartawan Suara keadilan sempat untuk bertemu bakal Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu calon pilihan Dato Seri Anwar Ibrahim .Menurut Dr Mansor Othman .Pemilihan beliau adalah kerana kepercayaan untuk menggalas satu tugas besar bagi membantu kaum Melayu Pulau Pinang .Beliau sendiri punya wawasan dan matlamat sama seperti bertugas sebagai setiausaha politik kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dimana pada waktu tersebut beliau telah menubuhkan TEKUN iaitu satu yayasan yang menjadi nadi kepada orang Melayu pada waktu itu untuk memulakan perniagaan dan ianya digunapakai sehingga seluruh negara di ketika Dato seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan dulu.

“Apabila beliau meminta saya bertanding di Penanti, saya mengikut arahan untuk bertanding kerana , dahulunya saya bertanding di berbagai tempat, dan DUN Penanti ini bukan asing bagi saya” demikian tegas Dr Mansor lagi

Dulu nya setiap pilihanraya kecil memang sukar tetapi ianya bukan menjadi ukuran lagi, dan kita dapati bahawa perti pembangkang menjadi kepercayaan kepada rakyat dan Penanti akan menjadi satu harapan buat rakyat dan kepercayaan yang diberikan kepada saya kali ini memang berat.Sokongan rakyat adalah kepada parti dan juga Dato Seri Anwar Ibrahim dan itu faktor utama kepada kemenangan dan imej parti, maka di Penanti, rakyat mengundi Anwar, calon, InsyaAllah , masyarakat Penanti akan memberi kemenangan kerana , pertamanya ialah ianya menjadi tempat Dato Seri Anwar dan juga kubu kuat buat Dato Seri Anwar dan jentera di Permatang Pauh ini kuat berbanding tempat lain.

Mengenai isu tempatan di Penanti pula , khidmat wakil rakyat menjadi tunggak utama. Bagi saya sendiri, saya bukan lah asing malah pernah menjadi pengerusi sejak 1998 dan pada tahun 1999 kita hanya menang di Penanti dan banyak program yang saya hadiri , jadi saya kenal dan tahu di mana JDM dan juga semua kawasan ini bukanlah asing bagi saya. Ini adalah kerana saya pernah menjadi pengerusi perghubungan negeri pada waktu itu 1998.Semua masaalah tempatan adalah masaalah macam di tempat lain juga Melayu iaitu perkhidmatan.Mengenai isu nasional ialah apa perbezaan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ,apa kurang nya barisan nasional dari segi dasar, ianya bukan sahaja reformasi ekonomi , malah reformasi mengenai bezanya kita dalam menarik pelabur asing,pengagihan kekayan negara, menarik pelabur dan ini akan menjaid isu utama dengan penekanan dan bezanya kita dengan barisan nasional,isu yang berkaitan dengan ekonomi , isu agama, politik, budaya orang Melayu.

Mengenai isu penghapusan MECD, menurut Dr Mansor pula ialah Dato Seri Najib cuba membawa dan menarik kaum asing sebagaimana yang telah Pakatan Rakyat lakukan kini, iaitu idea dimana membantu yang susah tanpa mengira kaum , misalnya “One Malaysia”misalnya , kalau kita lihat ialah menciplak apa yang Anwar bawa dari segi agenda ekonomi, sistem pendemokrasian dalam ekonomi, bezanya, ialah kita nak tumpukan kepada isu kemiskinan tanpa mengira bangsa sama ada Melayu, India ,Cina, Bajau ,Kadazan ,Dusun, Dayak, Murut atau apa bangsa yang terpinggir dan kita tak pilih , dan kita juga tidak pernah selindung akan perkara ini , kerana itu bukan dasar kita.Dasar kita ialah membantu dalam masa yang sama ialah jika misalnya Melayu Pulau Pinang terpinggir kita akan berbincang untuk membantu kaum Melayu . Inilah isu dan saya yakin kerana kita boleh bincang dengan kepimpinan negeri.dan saya yakin untuk memantapkan kerajaan Pakatan ialah ianya bukan halangan untuk membantu Melayu Pulau Pinang.

Beliau yang kini telah menetap di kawasanp Penanti dan sebelum ini telah berbincang dengan banyak pimpinan kawasan dan beliau yakin boleh membawa pembanggunan yang hebat, masaalah sosial ialah harus di hadapi dengan bijak sana, mengenai pendidikan pula ialah peluang pendidikan yang baik.

Misalnya, aspek pendidikan ,iaitu "semasa saya menjadi pensyarah di universti saya telah menekankan idea projek “Bina Ilmu” di mana 37 pusat pendidikan di seluruh Pulau Pinang dan ada 4 di Permatang Pauh, jadi saya akan wujudkan semula projek “Bina Ilmu” ini khususnya untuk anak orang susah dan luar Bandar yang sukar mendapat kelas tution, malah berbanding dengan orang Bandar , mudah mendapat semua ini dan saya akan wujudkan peluang ini kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang. "

Untuk merapatkan lagi saya dengan penduduk Penanti, saya telah memilih salah satu Taman perumahan di kawasan Penanti dan dengan berdekatan dengan pusat khidmat yang ada, maka ini memudahkan saya memberi khidmat kepada masyarakat di DUN Penanti sendiri.

Mengenai program “TEKUN” , Dr mansor yang berada didalam Biro pembanggunan usahawan sebelum ini pun bercadang untuk menghidupkan kembali sistem mikro kredit dimana peruntukan sebanyak 500,000 telah ada dan kerajaan negeri telah memberi sebanyak RM 1 juta dan saya cuba meningkat lagi menjadi peruntukan sebanyak 2 juta dan saya yakin saya akan usahakan dan memulihkan kembali sisitem “TEKUN” yang saya usahakan dan ini akan saya hidupkan semula kerana saya dapati ianya baik untuk penduduk Pulau Pinang dan Penanti dan mereka semasa meminjam dulu semuanya membayar berbanding yang kaya-raya yang meminjam di bank dan tidak membayar.

Kedunya ialah untuk dijadikan modal kepada peniaga kecil untuk memulakan dan saya amat yakin ianya akan dipulihkan di samping program pendidikan.keduanya saya pernah menjadi pengarah projek di Pulau Pinang waktu itu , iaitu “TEKUN” dan juga “BINA ILMU ” yang bukan sahaja memberi kelas –kelas tambahan , malah kaunseling, prasekolah, motivasi bersama pemimpin dan oleh kerana di Penanti kita ada Yayasan Aman , program ini akan kita lakukan dengan izin Allah.InsyaAllah. demikian janji Dr Mansor mengenai projek besar beliau untuk penduduk Penanti khasnya dan penduduk Pulau Pinang amnya mengakhiri perbualan kami.

Pilihanraya Dun N12 Penanti: Najib lengahkan umum pendirian Umno

Monday, 4 May 2009 •
Anna Yusof

KUALA LUMPUR 4 Mei (SK) : Perdana Menteri Najib Razak sengaja melengahkan keputusan samada mahu bertanding atau tidak di Dun N12 Penanti walaupun sudah bermesyuarat hari ini.

Menurut laporan mStar Online, Biro Politik Umno selesai mengadakan mesyuarat bagi menentukan kedudukan sama ada parti itu akan meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti pada 31 Mei ini.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam itu dipengerusikan oleh Presiden parti, Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ketika dihubungi bagaimanapun berkata Najib yang juga Pengerusi Biro Politik akan membuat kenyataan media berhubung hasil keputusan mesyuarat tersebut.

“Najib akan umumkannya, Presiden akan umumkan sendiri, kita sebagai ahli tak boleh cakap apa-apa.

“Presiden akan ke Sabah, mungkin beliau akan buat kenyataan di sana nanti,” katanya kepada mStar Online.

Monday, May 4, 2009

Pakatan rapat barisan untuk Pilihan Raya Kecil Penanti


http://www.tvantara.com/v1/video?id=645

Pucuk pimpinan PAS hari ini memberikan komitmen untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan kemenangan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil N12 Penanti.

Komitmen itu diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur petang tadi.

“Mutamar telah memutuskan tempat itu adalah tempat mereka (PKR) dan demikian itu tidak perlu dipertikaikan. Kita telah mengarahkan parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi sokongan sepenuhnya kepada calon Pakatan Rakyat,” Abdul Hadi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu.

Turut hadir Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut memberikan komitmen sama.

Anwar merakamkan penghargaan kepada kedua parti itu.

“Bagi pihak PKR, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang atas kerjasama PAS dan DAP untuk memberi sokongan padu bagi memenangkan calon Pakatan di Penanti,” kata Anwar.

“Saya menghargai arahan mereka kepada jentera parti di Pulau Pinang dan Penanti khususnya untuk membantu PKR,” tambah beliau.

Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Dr Mansor Othman dinamakan calon Pakatan dalam PRK N12 Penanti pada 31 Mei nanti.

Dr Mansor, 54, memegang tiga ijazah sarjana, termasuk dua dari universiti Yale. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Anwar sekitar 1990an, dan menyertai Parti Keadilan Nasional selepas Anwar disingkir dari kerajaan pada 1998.

Sunday, May 3, 2009

PAS Janji Sokong Calon KeADILan : Anwar-malaysiakini

Anna Yusof
BUKIT MERTAJAM, 3 Mei (SK) : Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim menyatakan bahawa parti mana yang patut mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti merupakan masalah kecil yang bolehdiselesaikan.

“Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Penasihat Dap, Lim Kit Siang memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat bahawa mereka bukan sahaja bersetuju, tetapi menyokong sepenuhnya pilihan PKR, Mansor Othman untuk bertanding di Penanti,” katanya selepas merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh di Sungai Semambu semalam.

Anwar berkata adalah sesuatu yang baik apabila pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Pakatan Rakyat untuk membuat cadangan bagi mewakili pimpinan parti masing-masing.

“Dap dan Pas mempunyai hak untuk bertanya kepimpinan Pakatan Rakyat agar mempertimbangkan cadangan-cadangan mereka bagi memilih calon.

“Dalam perkara ini, pucuk pimpinan Pas bersetuju bagi membenarkan KeADILan untuk membuat keputusan itu.

Tambah Anwar, beliau telah menemui Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman petang semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, isu ini sebenarnya diperbesarkan oleh media dan adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan Pas tidak akan memberikan sokongan atau membekukan jenteranya pada pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mengulas mengenai ketiadaan wakil Pas semasa beliau mengumumkan Mansor sebagai calon Selasa lalu, Anwar memaklumkan pada ketika itu Salleh berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menyambut ketibaan keluarganya dari Mekah.